ALAMANDA PUTRAJAYA RAIKAN ANAK ANAK YATIM PERTUBUHAN WARISAN SUCI MENJELANG HARI RAYA AIDILFITRI

Untuk menyebarkan keceriaan Hari Raya, Pusat Beli Belah  Alamanda menjemput beberapa anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari  Pertubuhan Warisan Suci, Kajang untuk membeli-belah persiapan Hari Raya pada 26 Mac  2024 sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Kanak-kanak yang berusia sehingga 6 tahun itu tiba bersama Pengurus Pertubuhan Warisan  Suci, Puan Siti Khadijah Nadzri, disambut mesra Pengurus Besar Pusat Beli Belah Alamanda,  Junaidy Jamaludin.

Pihak pengurusan Alamanda kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut membeli-belah  sepasang kasut raya dan sut baju raya. Majlis menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak tersebut diberikan duit raya.

Semasa berbuka puasa, anak-anak yatim tersebut tidak dapat menahan kegembiraan serta  kesyukuran kerana dibenarkan memilih apa sahaja yang mereka mahu dari menu makanan.

Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, “Sebagai satu-satunya pusat  membeli-belah di Putrajaya, kami menyedari keperluan untuk memainkan peranan penting  dalam melibatkan diri dan menyokong masyarakat secara aktif, terutamanya kanak-kanak  yang tidak bernasib baik. Walaupun beraya di samping rakan-rakan dan keluarga adalah  penting, kita mesti sentiasa mengingati bahawa tidak ramai yang mempunyai keistimewaan  ini. Sehubungan itu, kami berbesar hati untuk berkongsi kemeriahan Hari Raya bersama  anak-anak Pertubuhan Warisan Suci.”

Pengurus Pertubuhan Warisan Suci, Puan Siti Khadijah Nadzri berkata, “Sebagai penjaga  kepada anak-anak, kami berterima kasih kepada Pusat Beli Belah Alamanda kerana telah  memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini dan memberi mereka peluang menyambut

bulan Syawal dengan penuh kegembiraan. Layanan istimewa daripada pihak Alamanda ini  begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini.

Pertubuhan Warisan Suci ialah rumah kebajikan yang menyediakan tempat perlindungan  kepada kanak-kanak yang memerlukan terutamanya anak yatim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *