ANDI BERNADEE TERKONTANG – KANTING MENJADI PENYAMBUT TETAMU HOTEL?

Bermula 2 Februari 2024, Boleh Saya Bantu?, sebuah drama bersiri terbitan Tanah Beris Film Production telah menemui kaki-kaki drama menerusi slot Lestary, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my dengan muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Drama bersiri komedi ini berjaya mencuri perhatian penonton TV3 dengan jalan cerita yang mencuit hati serta lakonan bersahaja daripada Andi Bernadee, Riena Diana, Mark Adam, Nasz Sally, Wanie Ooi dan Zaid Erakad. Boleh Saya Bantu? diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan merupakan nukilan skrip oleh MF Kencana dan Azal Ezreen.

Drama bersiri 13 episod ini mengisahkan rutin harian Andi Bernadee yang memegang watak Nasar, seorang pekerja hotel yang perlu berhadapan dengan pelbagai ragam pelanggan dan masalah persekitaran kerja. Ia menampilkan cabaran atau masalah yang berlainan pada setiap episod yang memerlukan Nasar menyelesaikannya dengan sempurna demi menjaga reputasi baik hotel.

Menurut Andi Bernadee, “Saya senang dengan genre drama Boleh Saya Bantu dimana jalan ceritanya tidak terlalu berat, mencuit hati tetapi mempunyai mesej untuk dikongsikan di penghujungnya. Ia juga memberikan cabaran baharu kepada saya untuk mengembangkan watak Nasar daripada seorang yang naif kepada staf hotel yang berprofesional dan lebih matang dalam menyelesaikan tugasannya. Bukan senangnya untuk menjadi Nasar kerana banyak SOP dan protokol di perhotelan yang perlu dibelajar. Saya berharap peminat akan menyukai drama ini dan teruskan memberikan sokongan kepada kami.

Nasar (Andi Bernadee), seorang pemuda yang baru diberhentikan kerja telah menghadiri temuduga di  sebuah hotel di Kuala Lumpur. Nasar hanya menyasarkan jawatan ‘bellboy’ tetapi jawatan itu telah disandang oleh Sudin (Mark Adam). Bagaimanapun, Farida (Riena Diana), pengurus hotel itu telah menawarkan Nasar jawatan sebagai penyambut tetamu hotel kerana hotel amat kekurangan kaki tangan. Keputusan Farida telah mencetuskan persengketaan antara Farida dan Almya (Nasz Sally), pegawai sumber manusia.

Nasar tidak mempunyai sebarang pengalaman. Jadi, Nasar terpaksa belajar tatacara dan mengikuti  latihan untuk mempersiapkan diri. Banyak masalah berjaya diselesaikan dengan bantuan Sudin. Nasar dilamun cinta dengan Farida tetapi Farida menaruh hati kepada Rashid (Zaid Erakad), seorang juru teknik yang turut bekerja di hotel tersebut. Tanpa mereka ketahui, Sudin hadir ke hotel itu dengan satu misi rahsia. Bagaimana Nasar menangani pelbagai kerenah penginap hotel pada setiap hari? Berjayakah Nasar memikat hati Farida? Dapatkah mereka menerima Sudin selepas niat sebenarnya terbongkar? ?

Jangan ketinggalan untuk terus menonton Boleh Saya Bantu? menerusi slot Lestary, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim episod baharu bermula 12 tengah hari di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *