Sat. Apr 13th, 2024

Penyanyi kumpulan wanita, De Fam sering menjadi penanda aras bagi penyanyi berkumpulan wanita baharu kerana mereka berjaya bertahan dengan pembabitan hampir 10 tahun dalam dunia seni tanah air. Sempena tahun baru ini, De Fam tampil comeback dengan single terbaharu berjudul Mula setelah lama menyepi.

Mula merupakan hasil nukilan komposer terkenal tanah air iaitu Shazee Ishak, manakala liriknya pula dihasilkan oleh Audi Mok, Sophia Liana dan Shazee Ishak. Lagu yang bergenre pop 90an ini sesuai untuk didengari oleh setiap lapisan masyarakat kerana melodi dan liriknya memupuk semangat positif, membawa suasana gembira & mengajar pendengar supaya sentiasa bersedia dengan cabaran-cabaran yang mendatang. Keunikan lagu Mula membuatkan ia dipilih sebagai runut bunyi bagi drama bersiri Tonton Original Series: SeOfis. Drama ini telah mula bersiaran di platform penstriman Tonton sejak 18 Januari yang lalu dan Mula juga telah berkumandang di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer sejak 15 Januari yang lalu.

Trio yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana berjaya meraih pelbagai pencapaian yang memberangsangkan menerusi penghasilan rangkaian single mereka antaranya Supergirls, With You, Bila Kamu dan Panas.

Bagaimanapun, De Fam menganggap lagu ini lebih mencabar, “Lagu Mula ini berbeza dan lebih mencbar berbanding dengan lagu-lagu sebelum. Kali ini, kami cuba menonjolkan kekuatan dalam lagu ini agar dapat memberi inspirasi kepada para peminat. Kami turut berharap para peminat dapat memulakan tahun 2024 ini dengan gembira dan semoga tahun baharu ini lebih baik dari tahun lepas yang bakal dipenuhi dengan positive vibes”.

Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu Mula oleh De Fam di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

Turut disertakan lirik lagu MULA:

Lagu: Mula

Penyanyi: De Fam

Komposer: Shazee Ishak

Lirik: Shazee Ishak, Audi Mok dan Sophia Liana

VERSE 1

(Oh)

Ada kau suka

Yang kau lihat Di depan mata

(Oh)

Ada kau rasa

Yang bergema di telinga

Bukannya ilusi

Atau mimpi

Yang kau saksi

Kami evolusi

Yang terkini Kau cari

 

PRE CHORUS

Tak sabar aku

Tunjuk apa

Yang ku mampu

Tak sabar ku Beri padamu

Yang paling padu

 

CHORUS

Gegarannya

Luar skala richter

Mula dari

Oh oh oh oh oh Here we go

 

Gempakannya

Tak terhenti-henti

Mula dari

Yeah yeah yeah

Here we go

 

POST

(Ma-ma-ma-ma-ma-ma)

Mula yeah

(La-la-la)

Mula di sini

(Ma-ma-ma-ma-ma-ma)

Mula yeah (La-la-la)

Mula di sini

RAP VERSE 2

Check 1 2

Check 2 1

It’s Sophia rap time

Kini kembali yeah

Ya benaran

Kamilah revolusi

Masih lagi hot hot

Masih extra spicy

Sentiasa real

Sentiasa juicy

Kita suka thrill

So we go tinggi tinggi

Tak perlu overkill

Sudah banyak deal

So kita so kita

Chill chill chill chill

 

PRE CHORUS & CHORUS

 

BRIDGE

Ya nadi laju

Ya kau menunggu

Terang cah’ya

Riuh panggilanmu

 

Ya biar mana

Ya ku ke sana

Kan ku satukan dunia kita

 

CHORUS

 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *