Tue. May 14th, 2024

Shaz, nama sebenarnya Shazreen Shaharum, mengeluarkan single pertamanya yang diberi nama ‘Dingin Jiwa’. Lagu bergenre balada ini diilhamkan daripada nukilan Senna, komposer muda yang turut menghasilkan lagu ‘Kembali Terang’ nyanyian Marsha dalam AJL 37.

Shaz semakin dikenali ramai sejak menjadi finalis program realiti Terpaling Juara terbitan TV3 kerana berjaya meraih persembahan terbaik bagi segmen ‘Terpaling Padu Minggu Ini’ sebanyak 3 kali . Minat Shaz terhadap nyanyian begitu mendalam dan telah berjinak-jinak dengan pertandingan nyanyian sejak usia 4 tahun lagi sehingga akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pendidikan Muzik di UPSI.

Menurut Shaz, “Lagu Dentingan Jiwa ini menggambarkan tentang perasaan seseorang yang kecewa dan sukar untuk melupakan orang yang dicintai. Menerusi lagu ini, saya berharap pendengar yang berhadapan dengan kekecewaan kerana cinta mereka tidak dihargai supaya terus tabah mengharungi kehidupan ini. Semestinya berhadpaan dengan situasi yang sukar, jangan anggap diri ini lemah. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya dan semestinya kebahagian bakal dikecapi nanti.”

Lagu Dentingan Jiwa merupakan runut bunyi kepada drama bersiri 15 episod, Serpihan Sayang yang sedang bersiaran menerusi slot Samarinda TV3. Drama terbitan Padi Pictures Sdn Bhd ini merupakan kisah yang bergenre seram psikologi dan dibintangi oleh Fasha Sandha, Aeril Zafrel, Shahz Jaszle, Elisya Sandha, Zarina Zainoordin, Ameerul Asyraf, Amirul Asyhwad, Tallisya, Nick Syaf, Syed Irfan dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk dengarkan Dentingan Jiwa di saluran rasmi YouTube Alternate Records & Talent dan semua platform digital.

Turut disertakan adalah lirik lagu Dentingan Jiwa:

 

Artis              : Shaz

Penulis Lirik : Senna

Komposer     : Senna

 

Kemana kakiku melangkah

Kau selalu membayangi

Mendekap Ku enggan berpaling

 

Sejauh mana ku berlari

Tak mampu ku sembunyi

Namamu menghujam di nadi

 

Salahkah bila jiwa ini

Tiada lagi disini

Memeluk luka yang terperih

Bersemadi dalam hati

 

Tlah ku coba untuk temukan

Sinar untukku pulang

Masihkah tercipta harapan?

 

Tlah ku coba untuk temukan

Sinar untukku pulang

Masihkah tercipta harapan?

 

Salahkah bila jiwa ini

Tak lagi ku temui

Memeluk luka yang terperih

Bersemadi dalam hati

 

Dentingan waktu sedarkanku

Dari semua keliru

Jika memang ini suratan

Hati ini tak kan bisa

Lepaskan….

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *