“Diskoria dan Datuk Sheila Majid Menggemparkan Zepp Kuala Lumpur dengan ‘A TIME TRAVEL DISKORIA’ – Jangan Lepaskan Peluang!”

Mendengar namanya sahaja sudah boleh membuat badan bergoyang dan ingin berdansa. Bayangkan betapa hebatnya apabila kumpulan pelopor muzik disko lokal Indonesia, DISKORIA, yang sedang hangat dengan single terkini mereka, “Badai Telah Berlalu” (bersama Bunga Citra Lestari & Laleilmanino), tampil di hadapan anda untuk mempersembahkan karya mereka secara langsung.

Inilah yang akan anda nikmati di Zepp Kuala Lumpur pada 14 Jun 2024! MY Deteksi, bersama penganjur Sembang Kari Entertainment dan Tourism Malaysia, berbangga mempersembahkan satu-satunya konsert yang bakal dibanjiri muzik disko menerusi A TIME TRAVEL DISKORIA WITH A SPECIAL GUEST SHEILA MAJID.

Bonus Berganda! Anda mendapat bonus berganda kerana penampilan perdana DISKORIA di Malaysia akan diserikan oleh pesohor seni tempatan yang bersinar di Nusantara, Datuk Sheila Majid, sebagai penampilan khas.

“Ucapkan selamat datang kepada DISKORIA yang akan menyebarkan aura disko dan pesta dalam A TIME TRAVEL DISKORIA WITH A SPECIAL GUEST SHEILA MAJID pada 14 Jun 2024 ini di Zepp Kuala Lumpur.

“Selaku penganjur, kami di MYdeteksi bersama Sembang Kari Entertainment dan Tourism Malaysia berbesar hati dan berasa terhormat atas persetujuan lagenda Datuk Sheila Majid untuk tampil sebagai penampilan khas.

“Mahu tahu bagaimana konsert berlangsung kelak apabila DISKORIA ‘berpesta’ dan Sheila Majid menjadi ‘bumbu khas’? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan mereka dalam konsert ini.

“Ucapan terima kasih juga kepada JEMPUT DENGAR yang akan menjadi artis pembuka konsert ini,” kata Shafika Mazlan dari MYdeteksi.

Malam Magis dan Penuh Nostalgia Pertama kali berkongsi pentas bersama Sheila Majid, pendiri DISKORIA, Merdi Simanjuntak dan Fadli Aat, berharap agar A TIME TRAVEL DISKORIA WITH A SPECIAL GUEST SHEILA MAJID dapat mencipta magis dan membawa masa silam ke dunia masa kini melalui persembahan mereka.

“DISKORIA sangat gembira dijemput ke Malaysia, apatah lagi di konsert perdana kami yang menampilkan tamu istimewa, Datuk Sheila Majid. Bagaimana konsert ini akan berlangsung? Kami pastikan semua akan berpesta ria, kembali ke masa silam muzik disko yang dipadukan dengan teknologi masa kini,” ujar duo tersebut.

Jangan Lepaskan Peluang! Pastikan anda tidak terlepas untuk hadir di pesta A TIME TRAVEL DISKORIA WITH A SPECIAL GUEST SHEILA MAJID pada 14 Jun 2024 di Zepp Kuala Lumpur. Nikmati lagu-lagu hits seperti “Balada Insan Muda”, “Pelangi Cinta”, atau “Serenata Jiwa Lara” dengan harga tiket:

  • SERENATA JIWA LARA (RM165)
  • SINARAN (RM165)
  • C.H.R.I.S.Y.E (RM220)
  • BADAI PASTI BERLALU (RM320)

Pembelian tiket boleh dibuat menerusi www.myticket.asia.

Sampai jumpa di A TIME TRAVEL DISKORIA WITH A SPECIAL GUEST SHEILA MAJID di Zepp Kuala Lumpur pada 14 Jun 2024 ini! Pastikan anda hadir dan merasakan malam yang penuh dengan pesta dan nostalgia disko!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *