Fri. May 3rd, 2024

Drama Malang Si Puteri terbitan Radius One ini diarahkan oleh Uchee Fukada dan akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang di slot Tiara Astro Ria, atau boleh disaksikan melalui strim di Astro GO bermula 11 Mac 2024.

Drama Astro Ria terbaru bersiri 50 episod ini merupakan karya Uchee Fukada terbitan syarikat produksi Radius One Sdn. Bhd. Idea asalnya daripada Shahrulezad Mohameddin @Budak Ijat. Manakala skrip pula disediakan oleh Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil. Drama ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Hafreez Adam, Malek Mccrone, Wan Raja, Fahrin Ahmad, Raja Azura dan ramai lagi.

SINOPSIS MALANG SI PUTERI

Drama ini berkisarkan tentang Puteri yang ditimpa malang apabila ibunya berkahwin dengan Ayah Leh (Sahronizam) yang sering cuba mengambil kesempatan keatasnya. Puteri juga sering dihina orang kampung kerana pekerjaan ibunya sebagai penari. Hanya si capek Sulaiman (Hafreez Adam) yang memahaminya dan sering membantu Puteri dalam apa jua keadaan.

Kehadiran Johan (Malek) dari bandar menawan hati Puteri yang naif. Walau diluahkan kasih sayang oleh Sulaiman, Puteri tetap memilih Johan yang rupanya seorang bapa ayam, maka malanglah hidup si Puteri semenjak hari itu.

Kehidupanya di bandar penuh pancaroba sehinggalah dijual oleh suaminya sendiri kepada Arman (Wan Raja), seorang penjenayah yang merancang sesuatu untuk Puteri. Perjalanan yang dipenuhi ranjau kemudian membawa Puteri kepada Fattah, seorang guru berhati mulia dari kampung.

Namun bahagia bukanlah berpihak kepada Puteri.

                   

Drama: Malang Si Puteri
Produksi: Radius One Sdn. Bhd.
Pengarah: Uche Fukada
Idea Asal: Sharulezad Mohameddin @Budak Ijat
Penulis Skrip: Syed Mohamad Taufik
Siaran: Astro Ria
Mula Tayangan: 11 Mac 2024
Masa: Isnin hingga Jumaat | 6 petang
Episod: 50

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *