Edisi Terhad HONOR Magic6 Pro dalam warna Cloud Purple Tersedia Pada 31 Mei

Susulan kejayaan pelancarannya pada Mac lalu, HONOR Magic6 Pro akan hadir dalam edisi terhad warna Cloud Purple. Warna ini terinspirasi oleh keindahan matahari terbit di ufuk tasik dengan rona Lavender lembut dari pantulan air yang tenang dan awan yang berarak. Peranti flagship ini akan tersedia mulai 31 Mei di HONOR Experience Store, pengedar sah di seluruh negara, dan platform dalam talian.

Selain daripada warna edisi terhad ini, HONOR akan melancarkan kemas kini MagicOS baharu untuk HONOR Magic6 Pro tidak lama lagi. MagicOS yang diperbaharui ini akan membawa aplikasi baharu di Magic Portal serta ciri-ciri baharu yang lain. Sementara itu, muat turun MagicOS 8.0 untuk HONOR Magic V2 dan HONOR Magic5 Pro sedang berlangsung secara berperingkat, dengan beberapa pengguna sudah mula menerima kemas kini perisian tersebut.

HONOR Magic6 Pro hadir dengan keupayaan kamera yang mengagumkan, sesuai untuk Sportografi kerana mampu menangkap aksi pantas. Antara ciri menarik lain peranti ini termasuk kualiti paparan, prestasi, dan pengalaman pengguna yang luar biasa.

Kamera Magis:  Kamera Tele-falcon 180MP

Dengan Sistem Kamera Falco yang dinaik taraf, HONOR Magic6 Pro menggunakan AI untuk meramal dan merakam detik-detik penentu dalam definisi ultra-tinggi dengan mudah. Ini menggalakkan pengguna menangkap pergerakan pantas, termasuk pelbagai aksi sukan dan aktiviti seperti melompat, menari, dan seni mempertahankan diri.

Kamera belakang HONOR Magic6 Pro menampilkan Kamera Utama Dinamik Super 50MP dan Kamera Ultra Lebar 50MP. Sementara itu, Kamera Tele-falcon 180MP menyokong hingga 100X zum digital, memastikan rakaman gambar dari jauh ditangkap dalam perincian definisi tinggi.

Skrin Magis: Pelindung NanoCrystal HONOR, 10 kali lebih tahan jatuh

Satu lagi ciri HONOR Magic6 Pro yang menjadi perhatian adalah skrin Pelindung NanoCrystal HONOR yang mampu menahan sepuluh kali lebih rintangan jatuh berbanding kaca biasa. Kualiti ketahanannya disahkan oleh pensijilan Five Star Overall Glass Drop Resistance Ability SGS meliputi pelbagai senario. Skrin OLED 6.8 inci dengan resolusi FHD+ (2800 x 1280 pixel) dengan kecerahan maksimum 5000 nits menjadikan HONOR Magic6 Pro antara peranti memiliki skrin paling terang dalam industri.

Selain itu, paparan HONOR Magic6 Pro turut menerima pengiktirafan pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free Certification 4320Hz, TÜV Rheinland Circadian Friendly Certification dan TÜV Rheinland Full Care Certification untuk keselesaan mata pengguna walaupun menonton dalam jangka masa lama.

Bateri Magis: Bateri Silikon-Karbon 5600mAh 2.0

Bateri Silikon Karbon Generasi Kedua 5600mAh disokong pengecasan pantas berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W untuk bertahan sepanjang hari tanpa perlu kerap mengecas peranti. Hanya dalam tempoh 40 minit peranti ini sudah mencapai bateri penuh.

Pengalaman Magis: MagicOS 8.0 dan Magic Portal

HONOR Magic6 Pro membawa AI ke tahap seterusnya dengan Magic Portal, ciri intuitif yang memahami mesej teks, imej dan tabiat pengguna. AI meramalkan keperluan pengguna dan menawarkan pintasan berguna di bahagian kanan interface peranti.

Sebagai contoh, pengguna boleh menyalin alamat dan menyeretnya terus ke dalam aplikasi navigasi pilihan seperti Google Map atau Waze. Ini memudahkan berbanding salin dan tampal alamat ke aplikasi navigasi.

HONOR Magic6 Pro dalam Cloud Purple dikuasakan cipset Snapdragon 8 Gen 3 dengan 12GB RAM dan storan 512GB. Berharga RM4,499, edisi terhad ini akan tersedia mulai 31 Mei 2024. Selain Cloud Purple, HONOR Magic6 Pro turut menawarkan warna Epi Green dan Black bersertakan hadiah percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *