Wed. May 22nd, 2024

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, melancarkan “Flag Off” Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun di Lobi Pejabat Presiden. Majlis, Bangunan Parlimen.

Pada hari ini, sebanyak 1500 Bakul RAHMAH dan 6 buah lori telah dilepaskan ke Tambun oleh YAB Perdana Menteri. Untuk pengetahuan umum, KPDN telah melancarkan Inisiatif Bakul RAHMAH melalui Program Payung RAHMAH yang telah diperkenalkan oleh Kementerian pada awal tahun ini bagi membantu kumpulan miskin tegar B10 (pendapatan kurang daripada RM2,500) dan mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh golongan ini. Sehingga hari ini, sebanyak 26,150 Bakul RAHMAH telah diagihkan ke seluruh Malaysia dengan bantuan sumbangan berbentuk makanan asas daripada Yayasan Global Mesra (YGM).

Kementerian akan menggerakkan Inisiatif Bakul RAHMAH ini dengan kerjasama bersama Rakan Strategik, Pemain Industri (pasar raya) agensi Kerajaan, Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sebagainya. Sehingga hari ini, Inisiatif Bakul RAHMAH ini semakin mendapat perhatian ramai terutama syarikat korporat dan hal ini akan diumumkan dari semasa ke semasa. KPDN amat berbesar hati untuk menerima sumbangan berbentuk makanan harian daripada semua pihak untuk diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah dengan lebih berkesan, konsisten dan bersasar.

Kementerian berharap lebih ramai pihak industri, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), tokoh korporat, dermawan dan orang perseorangan dapat bersama Kementerian dalam menggembleng tenaga dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar dan seterusnya menjayakan Inisiatif Bakul RAHMAH ini.

Kementerian mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang giat aktif membantu melaksanakan Kementerian dalam membantu golongan sasar. KPDN juga amat mengalu-alukan sumbangan dari syarikat-syarikat, organisasi-organisasi dan orang perseorangan sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat dalam membantu golongan yang memerlukan khususnya mangsa bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *