Fri. Apr 19th, 2024

HONOR akan melancarkan pusat perkhidmatan eksklusif yang pertama di Pavilion Embassy, Kuala Lumpur pada 17 Mac ini. Kemudahan ini menjanjikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

Pengguna HONOR yang mengunjungi pusat perkhidmatan eksklusif HONOR pada hari pelancaran akan mendapat beberapa tawaran istimewa seperti di bawah:

  1. Untuk tempoh satu minggu dari 17 Mac, perkhidmatan penggantian pelindung skrin adalah percuma bagi mana-mana peranti HONOR;
  2. Untuk tempoh tiga hari dari 17 Mac, pembaikan percuma diberikan untuk mana-mana peranti HONOR yang telah tamat jaminan; dan
  3. Pada 17 Mac, pengguna HONOR akan membawa pulang satu hadiah misteri, sementara stok masih ada.

Bayar Deposit RM66 untuk Dapatkan HONOR Magic6 Pro

Sementara itu, HONOR menawarkan bayaran deposit sebanyak RM66 untuk menempah HONOR Magic6 Pro menerusi tawaran awal Early Bird Special dan tawaran ini sehingga 20 Mac. Nikmati hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,259 terdiri daripada HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand, HONOR Watch 4, HONOR Earbuds X6, Setahun Jaminan Tambahan dan Gantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari. Selain itu, pembeli Early Bird Special layak mendapatkan 5 kali ganda rebat deposit ketika membuat pembayaran penuh.

Nantikan Pelancaran HONOR Magic6 Pro Pada 20 Mac

Jangan lupa menyaksikan pelancaran rasmi HONOR Magic6 Pro pada 20 Mac ini. Siaran langsung pelancaran boleh disaksikan menerusi laman Facebook HONOR Malaysia pada jam 3 petang. The HONOR Magic6 Pro akan menjadi peneraju dalam dunia telefon pintar, inovasi dan teknologi.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic6 Pro, sila layari https://bit.ly/HONORMagic6ProPR

 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *