Kejayaan Mydin: Mewujudkan Rekod Baru untuk Pengedaran Terbesar Kraf Naga Kertas, Dikecapi Pengiktirafan Malaysia Book of Records

100,000 unit kraf naga kertas berjaya dicantum dan diedarkan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), memperoleh pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai penyumbang kepada jaringan pemborong dan peruncit utama di peringkat tempatan.

Aktiviti pengedaran dan pemasangan kraf naga kertas tersebut yang berlangsung  sempena kempen Tahun Baharu Cina “Kongsi Meriah” bersama komuniti masyarakat  setempat, pelanggan, kakitangan serta pelajar sekolah berdekatan cawangan MYDIN  USJ, Subang Jaya. 

Penyerahan sijil pengiktirafan tersebut telah disaksikan Menteri Perpaduan Negara,  Yang Berhormat Datuk Aaron Ago Dagang ketika beliau melancarkan kempen “Kongsi  Meriah” yang dianjurkan di MYDIN USJ, Subang Jaya.  

YB Datuk Aaron berkata, beliau menyeru syarikat korporat dan swasta agar  mencontohi inisiatif yang dilaksanakan oleh MYDIN dalam memupuk sikap perpaduan  dan keharmonian masyarakat negara ini. Kementerian Perpaduan Negara dan MYDIN  Prihatin telah menjalin kerjasama dalam mengenalpasti dan mengagihkan bantuan  sumbangan Bakul Rahmah MYDIN kepada 500 orang penerima di negeri Selangor,  Melaka dan Johor.  

Selain itu, beliau berharap agar kerjasama ini akan diteruskan bagi menjayakan dua  inisiatif utama KPN iaitu edaran bantuan Bakul Rahmah (RT Cares) dan program  Dapur Komuniti di semua negeri pada tahun ini.

Dalam perkembangan lain, MYDIN turut menjalin kerjasama dengan rakan eksklusif  perkhidmatan BNPL SPayLater serta rakan-rakan strategik yang lain antaranya  Abbott, Armor All, Blossom, California Scents, Cutie, Darlie, Diapex, Dutch Lady,  Energizer, Eveready, F&N, Intimate, Power Root, Premier dan Royal Gold bagi  menawarkan orang ramai dengan pelbagai aktiviti sepanjang Kempen Tahun Baharu  Cina “Kongsi Meriah” berlangsung sehingga 24 Februari 2024. 

Menariknya kempen ini, 28 pelanggan bertuah yang berbelanja minimum RM118 di  dalam satu resit di MYDIN, berpeluang memenangi hadiah persembahan tarian singa  di rumah mereka. Selain itu, pelanggan yang menghasilkan dan memuat naik gambar  kreatif dan menarik ketika mencantumkan kraf naga kertas di platform Facebook  berpeluang merebut ganjaran e- baucar MYDIN bernilai RM8,800.  

 

Bagi menambah penjimatan kepada pelanggan di samping menggalakkan  pembayaran tanpa tunai, MYDIN dengan kerjasama rakan e-dompet Boost, MCash,  Setel, SPayLater dan WavPay menawarkan pulangan tunai sehingga RM8 bagi  pembelian minimum RM88 dengan menggunakan aplikasi tersebut. 

Menurut Pengarah Eksekutif MYDIN, Ahimmat bin Mydin, “Kami di MYDIN  meraikan keharmonian dan berkongsi kemeriahan apa jua perayaan bersama  pelanggan setia kami, justeru itu pelbagai aktiviti dan promosi yang dirangka  sepanjang kempen ini berlangsung.” 

Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh mengunjungi  laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *