Fri. Apr 19th, 2024

“Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei” – Projek Bekalan LPG Tidak Bersubsidi ke Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dan berlangsung di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Untuk makluman, Program “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei” merupakan satu bentuk kerjasama ekonomi antara Malaysia dengan negara jiran yang bersempadan dengan negara ini dengan menumpukan kepada pembekalan barangan keperluan. Objektif program ini adalah bagi meningkatkan keterjaminan bekalan serta peningkatan kerjasama perdagangan antara negara ini dan negara jiran.

Bagi program “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei”, ianya dimulakan dengan pembekalan LPG tidak bersubsidi dari Malaysia ke Brunei dan akan diperluaskan dengan barangan keperluan lain yang akan diperincikan di antara kedua-dua negara pada masa akan datang

PETRONAS menerusi pengeluaran LPG di Loji Teluk Sepanggar, Sabah, telah bersetuju untuk membekalkan sebanyak 150 Tan Metrik (MT) LPG tidak bersubsidi kepada Brunei. Pembekalan LPG disempurnakan oleh syarikat Brunei Shell Marketing Company (BMSC) Sendirian Berhad dari Terminal Minyak dan LPG Teluk Sepanggar, Sabah ke Brunei telah bermula 16 Jun 2023 sehingga 01 Julai 2023.

Pada masa yang sama, pihak KPDN memberi jaminan bahawa pembekalan LPG tidak bersubsidi ke Brunei tidak akan menjejaskan kelangsungan bekalan LPG di dalam negara.

Kerjasama ekonomi serantau terutama dengan negara jiran adalah potensi baharu yang wajar diterokai dan dipertingkatkan oleh pemain industri perdagangan di negara ini. Adalah diharapkan “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei” ini dapat memberi pelbagai nilai tambah kepada kedua – dua negara dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi pada masa kini.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *