Sat. Apr 27th, 2024

PUTRAJAYA, 17 Oktober 2022 – Pada 24 Oktober 2022, orang ramai di seluruh negara akan menyambut Deepavali. Oleh itu, Skim Harga Maksimum Deepavali 2022 akan dikuatkuasakan oleh kerajaan, dan ia akan berkuat kuasa dari 20 Oktober hingga 26 Oktober 2022. Tempoh pelaksanaan tujuh hari akan berkuat kuasa empat hari sebelum perayaan, sehari semasa perayaan, dan dua hari selepas perayaan. Ayam dan telur ayam juga telah disimpan dalam senarai barangan yang akan dihadkan harganya mulai 12 Oktober 2022.

Sebanyak 8 jenis barangan harga terkawal berserta harga maksimumnya akan diwartakan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022.

Senarai barangan harga terkawal bagi SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN DEEPAVALI 2022 adalah seperti berikut:

(1) Daging kambing biri-biri import bertulang
(2) Tomato
(3) Cili merah
(4) Kelapa biji (*Harga maksimum di peringkat borong sahaja)
(5) Kelapa parut (*Harga maksimum di peringkat runcit sahaja)
(6) Bawang merah kecil (India)
(7) Bawang merah besar import
(8) Kacang dal (Australia)

Semakan harga boleh dibuat melalui website Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di https://www.kpdnhep.gov.my

Tempoh pelaksanaan ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa pada masa kini, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga. Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga berpuas hati dengan tempoh masa pelaksanaan yang effektif. Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.

Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan. Strategi ini membolehkan penguatkuasaan dan pemantauan dilaksanakan dengan lebih berkesan di mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

Pengumuman harga yang ditentukan akan dibuat kepada orang ramai melalui media massa, pengedaran risalah serta pemasangan bunting dan poster di tempat-tempat strategik seperti di pasar awam, pasar raya dan pasar raya besar.

Jika didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan dengan skim ini, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada Kementerian ini melalui:

(i) Whatsapp ke 019- 279 4317 / 019-848 8000
(ii) Portal [email protected]
(iii) Pusat Panggilan 1800 886 800
(iv) E-mel [email protected]
(v) aplikasi telefon pintar Ez ADU
(vi) Pusat Arahan Penguat Kuasa (ECC) 03-8882 6245 / 6088

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *