Mon. Apr 15th, 2024

Dengan penuh semangat, kumpulan indie-folk terkenal, Satwo, mengumumkan pelancaran album pertama mereka yang dinamakan “Di Persembunyian”. Di bawah pengawasan terperinci dari syarikat rakaman ternama Malaysia, Luncai Emas, album ini telah melalui empat tahun yang penuh dengan kisah misteri. Diterangkan oleh Maz sebagai ‘rollercoaster’ dan Rafiz sebagai ‘eccentric’, album ini dihasilkan melalui kolaborasi yang erat antara kumpulan ini, Muzium Muzik, dan Jabatan Muzium Malaysia. Kini, karya mereka yang dinantikan itu bersedia untuk memikat hati penikmat muzik di seluruh dunia.

Ketika ditanya mengenai konsep album ini, Maz menerangkan, “Bagi Maz, album ini seperti ‘anthology’ kerana setiap lagu memiliki ‘mood’ dan nuansa yang berbeza. Kami cuba membawa pendengar dalam perjalanan yang tidak terduga.” Rafiz menambahkan, “Mesej yang ingin disampaikan secara umum ialah ‘cinta’; itulah suasana proses awal penulisan lagu-lagu dalam album ini yang membuat kami memilih ‘Di Persembunyian’ sebagai judul album ini. Ia seolah-olah ‘bunyi yang bersembunyi’ seperti ‘perasaan yang bersembunyi’”. Turut diumumkan, Satwo akan melancarkan single ke-4 mereka, ‘Betapa Indah’, seiring dengan pelancaran album ini.

Ilham, vokalis dan pemain gitar untuk kumpulan Pitahati, yang bertindak sebagai penerbit untuk album ini, menyampaikan perasaannya, “Album ini boleh dikatakan seolah ‘anak’ saya juga dan ia agak penting bagi saya sebab dalam kerjaya saya, ini album pertama yang saya terbit sepenuhnya. Album ini ‘special’ sebab dia ada nilai-nilai eccentric di dalam keindahan. Dalam proses pembikinannya saya cuba untuk mengeluarkan unsur unsur tersebut yang ada pada karekter mereka berdua dan menyuluhkannya dalam lagu mereka. Pada pendapat saya, mereka berdua sebagai pasangan merupakan pencipta lagu yang sangat unik dan bagus. Mereka mempunyai identiti dan gaya tersendiri. Impak album ini di dalam scene music tempatan saya sendiri tak dapat nak ramal, tetapi yang penting kami telah mencurahkan segala yang boleh dicurahkan ke dalam album ini dan saya gembira akhirnya ia dapat dilepaskan ke orang ramai.”

Maz dan Rafiz turut berkongsi pengalaman mereka, “Kami sangat berbesar hati dapat bekerja dengan Ilham, seorang kawan lama. Sebelum menandatangani kontrak dengan Luncai Emas, kami berbicara dengan Ilham dan menyatakan keinginan kami untuk merakam album ini dengan piano akustik, dan Ilham memenuhi janji tersebut dan saya dapat juga merakam dengan piano Dato’ M Nasir di Studio Ronggeng.”

“Untuk penulisan lirik, saya banyak menulis berdasarkan pengalaman orang sekitar dan mungkin ada sedikit elemen pribadi. Saya masih belajar untuk menulis lirik, bereksperimen di sana-sini, jadi jika ada hal yang tidak masuk akal dalam lirik saya, harap dimaklumi.” kata Rafiz dengan senyuman.

Mengenai proses senireka album, Maz menceritakan, “Ini adalah kolaborasi antara kami, Ilham, dan Shah Azman, seorang ‘specialist conceptual photographer’ yang melakukan art direction/shoot untuk Ana Abu. Kami bersama-sama dengan Shah Azman untuk memastikan tema album kami sesuai dengan konsep album ini.” Rafiz menambah, “Secara simbolik, beg merah yang saya bawa adalah album kami. Ada beberapa simbolisme lain dalam album ini yang akan kami simpan sebagai kejutan.”

Maz mengungkapkan, “Perasaan ini seperti ‘anticipation’, tapi ada ketakutan juga jika ada yang mengatakan, ‘Lah, tunggu bukan main lama, ini je hasilnya?’.” Rafiz menambahkan, “Berdebar-debar sebab akhirnya album ini berjaya terbit dan berada dalam tangan. Aku harap album ini dapat tempat di hati pendengar dan peminat yang selalu bertanya, ‘Bila album nak keluar?’ Terimalah ‘Di Persembunyian,’ anak sulung kami.”

Album Di Persembunyian di bawah bimbingan Luncai Emas dijangka untuk memberikan pengalaman mendalam kepada pendengar dengan campuran rollercoaster emosi dan pesanan cinta yang mendalam. Satwo mengundang semua pencinta muzik dan peminat untuk hadir dalam pelancaran album dan sesi dengar lagu eksklusif mereka. Jangan lepaskan peluang untuk merasai persembahan langsung mereka dan menyambut kedatangan ‘Di Persembunyian.’

Kredit rakaman Di Persembunyian:

Rafiz: Vokal, Gitar

Maz: Vokal, Piano, Synthesizer

Penerbit: Ilham

Penerbit Eksekutif: Ilham

Susunan Muzik: Satwo/ Ilham

Musisi Undangan

Drum: Mohamed Yasin, Aidil Azali

Bass: Awang Masrin, Shadiq Sapian, Wan

Watari, Tony Iskandar

Gitar: Ezhar Hamdan, Mohamed Hidayat

Synthesizer Tambahan: Mohamed Ilham

Perkusi: Oly Fizly

Susunan Strings: Rusli ‘Titik’ Anuar

Pemain Strings: Presley Louis, Ahmad

Aisamuddin, Tan Zi Ling, Alif Ridhzuan

Suara Latar: Marine Lacoste

Jurutera Rakaman: Mohd Akmar Soffian

Juru Adunan: Husyairi Hamzah, Mohd Akmar Soffian

Mastering: Sage Audio

Kredit senireka Di Persembunyian:

Rekaan Album: Shah Azman

Jurufoto: Shah Azman

Tajaan Pakaian: anaabu.co

Urusan

Pengurus Produksi: Rahman Saharddin

Pengurus Satwo: Aiman Khairi

Publishing: Luncai Emas Sdn Bhd

Senarai lagu Di Persembunyian

Untok Kita (Hanya Kita)

Langit Jingga

Gelap

Sepasang Sayap

Aku Mahu

Akhirnya

Serahan Jiwa

Betapa Indah

Cahaya Malam

Sungai Peristiwa

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *