Wed. May 22nd, 2024

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merujuk kepada artikel berita China mengenai topik yang sama serta siaran berita Malaysiakini bertajuk “Minyak masak bersubsidi: pegawai KPDNHEP didakwa melebihi perbelanjaan RM9 juta.”

Untuk makluman, kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar tersebut adalah tidak benar memandangkan perbelanjaan subsidi minyak masak adalah di antara 88% hingga 99% daripada jumlah peruntukan kuota sebanyak 60,000 tan metrik sebulan. Semua perbelanjaan tidak melebihi had yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Walaupun begitu, bagi tujuan operasi, Kerajaan perlu meluluskan kuota tambahan bagi memastikan bekalan minyak masak paket mencukupi di pasaran. Ini kerana setiap bulan syarikat-syarikat pembungkus tidak dapat menggunakan kuota yang diagihkan sepenuhnya kerana terdapat keadaan syarikat tidak beroperasi, penutupan kilang, kerosakan mesin atau digantung kuota akibat kerana disyaki melakukan kesalahan. Kuota yang tidak digunakan akan dirasionalisasi untuk diagihkan kepada pengusaha 2 yang lain bagi menampung kekurangan tersebut. Namun, kuota tambahan ini tidak menyebabkan perbelanjaan melebihi had yang ditetapkan.

Pada masa yang sama, walaupun di peringkat pengeluaran kuota mencapai 60,000 tan metrik sebulan, boleh wujud keadaan bekalan di peringkat runcit tidak mencukupi untuk kegunaan rakyat. Antara sebab kekurangan minyak masak di peringkat peruncitan disebabkan oleh :

  1. Rampasan minyak masak oleh Penguatkuasa berdasarkan kes penyelewengan, dan;
  2. Penggunaan minyak masak bersubsidi dalam Program Jualan Murah anjuran Kerajaan.

Kekurangan ini dibuktikan dengan peningkatan aduan daripada pengguna bahawa wujud kekurangan bekalan minyak masak paket di pasaran.

Berhubung kenyataan bahawa KPDN akan melaksanakan pemotongan kuota atau rasionalisasi kuota, ianya adalah satu proses biasa yang mengambil kira isu semasa yang dihadapi seperti : a. Berlaku ketidakcukupan bekalan di pasaran; b. Memastikan pengedaran yang efisien, dan; c. Mengawal kos sara hidup bagi menjaga kepentingan pengguna.

Rasionalisasi ini bukanlah kali pertama dilaksanakan, ianya pernah dilaksanakan pada tahun 2018 dan 2021. Kajian rasionalisasi tahun 2022 diadakan kerana isu ketirisan dan prestasi bekalan minyak masak yang dikesan oleh kementerian hasil naziran pengedaran atas arahan Pengawal 3 Bekalan. Rasionalisasi juga dibuat melalui kriteria yang telah ditetapkan.

Bagi isu yang berkaitan kelulusan kuota diberikan kepada dua (2) syarikat yang alamat berdaftar (registered address) yang sama, semakan telah dibuat dengan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana didapati kedua-dua syarikat tersebut adalah dua syarikat yang berbeza dengan pemilik (shareholders) yang berlainan.

KPDN sentiasa melaksanakan segala tanggungjawab dan amanah yang diberikan berdasarkan prinsip integriti dan ketelusan seperti mana yang dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri dan YB Menteri. Oleh yang demikian, KPDN sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi penguatkuasa sekiranya diperlukan.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *