Sat. May 25th, 2024

Lebih 60 profesional industri pelancongan telah dinamakan sebagai pemenang Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022, yang akan diadakan hari ini di Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur. Anugerah yang julung kali dianjurkan itu disampaikan kepada penggiat industri pada malam yang gemerlapan bagi memperingati kecemerlangan dan sokongan mereka dalam pembangunan industri pelancongan negara.

Anugerah berprestij ini merupakan satu penghormatan dan penghargaan tertinggi kepada individu dan organisasi yang sumbangan cemerlangan mereka memainkan peranan penting dalam kejayaan industry pelancongan Malaysia. Majlis Anugerah Industri Pelancongan ini dianjurkan dengan Kerjasama Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dan Santai Travel. Majlis ini turut dijayakan dengan Kerjasama rakan strategik yang terdiri daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Islamic Tourism Centre, Tourism Malaysia, MiTDA dan Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Menurut Dato’ Dr. Hj Mohd Khalid Harun, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA). Anugerah Industri Pelancongan adalah anugerah kemuncak industry pelancongan yang mengiktiraf semua penggiat industry Malaysia dalam menjayakan aspirasi pelancongan negara.

Anugerah ini juga secara tidak langsung menjadi motivasi kepada seluruh penggiat industry pelancongan dan hospitality di Malaysia untuk bekerja dengan lebih gigih lagi mempromosikan perniagaan pelancongan sekali gus mewujudkan imej positif negara di seluruh dunia.

Pada majlis tersebut juga, TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam dan Tan Sri Dato’ Sri Haji Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir, mantan Menteri Pelancongan, kesenian & kebudayaan telah dinobatkan sebagai ikon Pelancongan 2022. Sementara penyanyi Jaclyn Victor telah diumumkan sebagai ikon Pelancongan kategori selebriti.

Acara ini juga merupakan platform terbaik bagi penggiat industry pelancongan negara untuk berganding bahu serta bekerjasama dalam menjayakan aspirasi pelancongan negara.

Justeru anugerah ini dapat memberi inspirasi kepada penggiat industri pelancongan yang bukan sahaja mengharungi detik sukar semasa pandemik dan terus bertahan dalam situasi paling mencabar itu. Memandangkan negara sudah keluar dari fasa pandemic namun tugas untuk memastikan sector pelancongan ini terus maju adalah tugas bersama.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *