Sat. Apr 27th, 2024

Jelajah Busking GEGAR bakal temui peminat di Pantai Timur

Setiap Jumaat di tiga negeri termasuk Terengganu, Kelantan dan Pahang bermula 15 September hingga 29 September 2023, semua peminat GEGAR dijemput untuk memeriahkan lagi GEGAR Jelajah Busking untuk menghiburkan diri dengan persembahan busking dan menyertai acara menarik.

Sila rujuk jadual Jelajah Busking GEGAR di bawah:

Tarikh & Masa Lokasi Jelajah Busking GEGAR
15 Sept, 9 malam Terengganu

  • Tapak Foodtruck Dataran Drawbridge, Kuala Terengganu
22 Sept, 9 malam Kelantan

  • Uptown Dataran MARA, Kota Bharu
29 Sept, 9 malam Pahang

  • Dataran Pantai Teluk Cempedak, Kuantan
  • Jelajah Busking GEGAR bakal menampilkan persembahan busking daripada selebriti-selebriti tempatan termasuk Naqiu, Amir Masdi, Floor 88, Ikhwan Fatanna, Naufal, Isma Sane, Syafiq Abdullah, Rief Daniel, Killa Driz, Nadia Rosli, Razzuan Rosli dan ramai lagi. Peminat GEGAR juga berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama personaliti-personaliti GEGAR termasuk Issey, Yucha dan Shah (GEGAR Pagi), Scha Musa (GEGAR 10-3), Ewan dan Rea (GEGAR Petang), dan Aswad Jalil (GEGAR Malam).
  • Selain persembahan busking, peminat GEGAR juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan ‘Teka Kacang GEGAR’ yang akan dijalankan di tiga lokasi secara berasingan. Penyertaan dibuka kepada 50 peserta terawal untuk mendaftarkan diri dan lima peserta yang melepasi pusingan cabutan nama akan berpeluang untuk membuat tekaan bilangan kacang di lokasi busking. Peserta yang berjaya membuat tekaan tepat atau paling hampir akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 di setiap lokasi jelajah.
  • Untuk maklumat lanjut tentang Jelajah Busking GEGAR, layari gegar.syok.my atau ikuti platform media sosial GEGAR.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *