Wed. May 1st, 2024

Projek “Warm Their Winter”, yang mengumpul pakaian musim sejuk untuk pelarian Syria di Tapak 83, Bukit Jelutong, Shah Alam dari 2 hingga 8 Oktober 2022, telah berakhir. Program ini telah melibatkan 40 sukarelawan dari MSU, UITM, AITAF, dan individu persendirian.

Secara kesuluruhannya, jumlah kotak pakaian musim sejuk yang berjaya dikumpul adalah sebanyak 460 buah. Hasil kerjasama daripada kesemua sukarelawan yang hadir, kotak telah selesai dimuatnaik ke dalam kontena. Kontena dijangka berlepas ke Port Klang pada jam 5 petang ini.

Projek ini akan diteruskan bagi zon Selatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Pagoh, Muar, Johor yang akan bermula pada 17 sehingga 24 Oktober 2022. Orang ramai yang berada di Johor, Melaka dan Singapura dialu-alukan untuk hadir memberi sumbangan dan sokongan.

Jumlah dana untuk menampung kos pengurusan kontena ialah sebanyak RM114,000.00. Walaubagaimanapun, dana ini masih amat diperlukan. Kami menyeru orang ramai untuk teruskan menyumbang.

Ini merupakan salah satu platform untuk orang ramai bagi menzahirkan sokongan dan solidariti kemanusiaan dengan mengambil tanggungjawab bersama dalam membantu pelarian di Syria yang bakal berdepan dengan musim sejuk tidak lama lagi. Bagi sebarang pertanyaan atau ingin menyumbang, hubungi hotline ‘Warm Their Winter’ di talian 011-1136 2567 (Zana), 013-971 5901 (Fayyadh) dan 011-3703 0900 (Nisa) atau layari laman sesawang www.syriacare.org.my/warmtheirwinter atau ikuti kami di media sosial Syria Care Malaysia di Facebook, Instagram dan Twitter dan Syria Care Media di YouTube dan TikTok.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *