PYRAMID GAME : SIRI TERBARU “PYRAMID GAME” MEMBONGKAR PERMAINAN KEJAM SEKOLAH TINGGI

Khas buat peminat drama Korea, Tonton, perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia membawakan sebuah siri K-drama terbaharu, Pyramid Game yang diadaptasi daripada komik web popular karya Dalggonyak. Dibintangi oleh pelakon popular seperti Kim Ji-yeon, Jang Da-ah, Ryu Da-in, Shin Seul-ki dan Kang Na-eon, siri yang dinanti-nantikan ini boleh distrim bermula 29 Februari di saluran tvN melalui aplikasi atau laman web Tonton pada hari yang sama dengan tayangannya di Korea.

Drama bersiri dari Korea ini mengisahkan tentang Sung Soo-ji (Kim Ji-yeon) yang dipindahkan ke ‘Baekyeon Girls’ High School’ di bandar Seoul. Pengalaman hari pertamanya di sekolah itu terasa aneh apabila dia dan rakan-rakan kelasnya diarahkan untuk mengambil bahagian dalam suatu undian yang dikenali sebagai Pyramid Game.

Permainan ini merupakan undian populariti dan siapa yang mendapat undian terendah akan diberi gred “F” serta menjadi sasaran buli rakan sekelas. Memandangkan Soo-ji merupakan pelajar baharu, dia telah mendapat undian yang rendah sekaligus menjadi mangsa yang seterusnya. Keadaan menjadi lebih mengejutkan apabila tiada sesiapa peduli akan permainan kejam yang dimainkan pelajar kelas ini.

Mampukah Soo-ji berada di tangga teratas piramid dan mengubah nasibnya? Ikuti perjalanan Sung Soo-ji yang menjadi sasaran buli yang seterusnya serta usahanya untuk keluar dari dunia gelap itu dan tamatkan Pyramid Game di sekolah ini.

Saksikan Pyramid Game dengan memuat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk menikmati pengalaman penstriman premium iaitu strim secara HD dimana ia pasti memberikan keseronokan berganda kepada anda! Jom, layan Unnie sampai pagi bersama Tonton!

Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *