Sun. Apr 28th, 2024

“Ryan dan Adam Bakery semakin pintar menggunakan stage!”. Itulah komen Ajai kepada Ryan dan Adam Bakery semalam. Kedua-dua adik-beradik ini telah menunjukkan persembahan yang memuaskan hati juri sehingga membuatkan Ajai memberikan 9 markah!

Menurut Ajai selaku juri tetap Famili Duo 3, persembahan yang diberikan oleh Ryan dan Adam semakin meningkat dari minggu ke minggu. “Semakin pintar menggunakan stage! Bila korus, part unison (serentak) dan pandai membahagikan octave (selang antara muzik) itu satu pembelajaran yang saya rasa cepat. Cuma ada satu perkara yang kena kemas kini kerana ini adalah persembahan ‘live’. Bila kita dalam program ‘live’ dan pertandingan, Ryan perlu bersikap rileks dan yakin sebab kesilapan-kesilapan kecil ini boleh ganggu konsentrasi di atas stage. Apa yang penting, setiap pembetulan yang kamu buat itu adalah cepat, dan itu yang kita mahukan daripada kamu iaitu prestasi yang meningkat dari minggu ke minggu,” jelas Ajai.

Mas Idayu juga turut berpuas hati dengan persembahan mereka terutama dari segi vokal. “Progres awak besar juga tau untuk minggu ini dari minggu yang sebelum ini. Yang mummy lebih nampak adalah dari segi vokal banyak peningkatan. Kalau boleh mummy nak tekankan artikulasi kena jelas, konfiden perlu ada, dan nyanyian awak agak terjaga dari sebelum ini. Vokal Ryan dan Adam minggu ini balance (seimbang). Dua-dua bagus dan tidak mengecewakan mummy untuk minggu ini.”

Dari seorang influencer yang tidak tahu menyanyi, kini menjadi penyanyi, cukup menunjukkan Ryan dan Adam Bakery gigih dan berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam program realiti Famili Duo 3 ini. Setiap kritikan, komen dan teguran yang diterima daripada sekeliling terutamanya juri tetap iaitu Ajai dan Mas Idayu (Mummy) tidak langsung mengecewakan mereka, namun diambil sebagai pengajaran dan membantunya untuk memberikan persembahan dan vokal yang terbaik.

Bagaimana pula dengan persembahan minggu kelima yang membawa konsep ‘Idola / Lagenda’? Adakah mereka bersedia? Lagu apakah yang akan dibawakan mengikut kesesuaian vokal mereka? Nantikan kejutan demi kejutan daripada semua peserta hebat Famili Duo 3 ini nanti.

Famili Duo 3 ini dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Famili Duo 3 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues (pengurus projek), Muhamad Sufian Che Isa (penerbit eksekutif) dan Noradillah Binti Abdullah (penerbit). Gunakan hashtag #FamiliDuo untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

Teruskan mengundi duo selebriti kegemaran anda di pentas persembahan Famili Duo seterusnya pada 29 Oktober 2023, pukul 9.00 malam di TV3! Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *