Sun. Apr 28th, 2024

Bayangkan betapa hebatnya lagu-lagu itu jika muzik merentasi generasi dan genre! Memperkenalkan ‘The Last TRIO Standing,’ rancangan muzik realiti terbaru Astro, yang akan menampilkan gabungan trio yang terdiri daripada nama-nama terkenal dalam industri muzik serta nama-nama yang semakin dikenali dengan pantas.

Antara 30 nama-nama yang bakal bertanding menerusi ‘TLTS’ adalah Lah Ahmad, Cat Farish dan Azan dari kumpulan Ruffedge, Masdo, Tomok, Tam Spider, Altimet, Ag Coco, Amir Jahari, Ara Johari,  serta nama-nama baharu seperti Malik Abdullah, Fidi, Syahmi Irfan dan Manzack.

Selain memaparkan barisan peserta-peserta yang hebat, ‘TLTS’ turut akan menampilkan panel juri terkemuka yang diketuai Ajai dan Jennifer Thompson sebagai juri tetap serta juri-juri undangan seperti Dato’ M.Nasir, Dato Siti Nurhaliza, Dato Hattan dan Dato Acis. Manakala pengacara tersohor, Awal Ashaari dan penyanyi popular, Zizi Kirana akan mengemudi ‘TLTS’ sebagai pengacara.

Saksikan ‘The Last TRIO Standing’ yang bersiaran secara eksklusif selama 8 minggu pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 17 Disember 2022 di saluran Astro Ria serta boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *