Mon. Apr 29th, 2024

17 September 2022 – Selayang Mall menjadi tuan rumah pertandingan badminton tahunan Piala Hari Malaysia yang julung kali diadakan. Warisan Batu P115, dengan kerjasama Akademi Badminton Flying Spirit (FSBA), menganjurkan pertandingan ini, yang mendapat kebenaran Persatuan Badminton Selangor.

Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada komuniti di sana. Pertandingan badminton ini menjadi lebih meriah kerana disertai oleh wakil dari pelbagai negeri.

Selain itu, penganjur mempertandingkan pelbagai kategori dalam kejohanan tersebut yang menjadikan ia lebih rancak dan menyeronokkan.

Seterusnya, terdapat sesi bersama Wakil Warisan Parlimen Batu pada jam 2:00 petang. Beliau merasmikan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan memberikan sepatah dua kata kepada para hadirin yang terlibat dalam acara itu.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *