Sun. May 12th, 2024

SHAH ALAM (2 OKTOBER 2022): Sena Bangkok BC mendominasi hari kedua SENHENG redOne Professional Purple League 2022 (SRPLP) di Stadium Malawati Shah Alam, menewaskan lawan serantau, Ho Chi Minh.

Kelab Bangkok itu menang dengan keputusan 13-9 sekaligus mencabar kedudukan Puchong United yang menduduki tangga pertama kumpulan A.

Pemain ranking ke-12 dunia Busanan Ongbamrungphan mencuri tumpuan apabila berjaya mengatasi cabaran Vu Thi Anh Thu 3-2 pada perlawanan kedua.

Mengulas persembahannya, Busanan yang mengungguli Terbuka Swiss baru-baru ini berkata, “Saya agak sedikit penat, tetapi berupaya untuk permainan. Saya berharap dapat segera mencari rentak dan mengekalkan momentum selepas ini.”

Ho Chi Minh City BC walaubagaimanapun bermula dengan baik hasil kemenangan perseorangan lelaki, Nguyen Hai Dang yang menewaskan Kachain Buarung 3-2 (8-11, 11-10, 4-11,11-2,11-2.)

Momentum kemenangan itu terhenti apabila gandingan beregu lelaki mereka Nguyen Duc Hong Phuc – Tran Nguyen Chi Tung kalah kepada Kittisak Namdash-Pongsakorn Thongkham 3-0 (3-11, 9-11, 7-11).

Tambah parah, pasangan beregu campuran Sena Bangkok Yap Qar Siong-Atitaya Povanon menundukkan Nguyen Anh Gia Huy- Lam My Tien 3-1 (10-11 11-6 11-9 11-3).

Pertarungan terakhir pula menyaksikan, Nguyen Tien Minh menyumbang mata penting buat Ho Chi Minh City selepas menang 3-2 (2-11 11-8 7-11 11-6 8-11) ke atas Kittipong Imnark di dalam kategori perseorangan lelaki sekaligus menjadikan kedudukan keseluruhan 13-9 berpihak kepada Sena Bangkok.

Terdahulu perlawanan kedua semalam menyaksikan Petaling BC menerima tentangan sengit dari Ampang Jaya BC apabila sekadar menang 10-8 di dalam saingan kumpulan A. 

Saingan hari ini bersambung dengan perlawanan di antara pasukan dari Indonesia, Candra Wijaya BC yang akan berdepan pasukan badminton Singapura.

Musim keenam SENHENG redONE Purple League Profesional kini sedang berlangsung dari 1 hingga 6 Oktober di Stadium Malawati, Shah Alam manakala pusingan akhir akan berlangsung pada 8 hingga 9 Oktober akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands.

Tiket sudah mula boleh dibeli di laman sesawang https://go.wbqr.my/plp/ dan https://www.rwgenting.com/en/entertainment/senheng-redone-purple-league-professional-2022.html

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *