Sat. Apr 13th, 2024

Rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Asia Tenggara & Malaysia GINTELL, telah melancarkan kerusi urut Siri Wellness Chair iaitu GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair. Ia merupakan kerusi urut yang pertama di pasaran yang memiliki fungsi “8-Hands Twin Rollers” iaitu fungsi urutan dwi- tangan di mana ia memfokuskan bahagian atas badan, bahu dan leher serta bahagian bawah di pinggang dan punggung untuk melegakan seluruh badan.

GINTELL juga melancarkan pembukaan “Signature Showroom” yang merupakan cawangan ke-117 yang terletak di aras 6, pusat membeli belah Pavilion Kuala Lumpur. Majlis pembukaan dan perasmian bilik pameran dimulakan dengan persembahan tarian singa untuk membawa tuah serta kesejahteraan kepada GINTELL. Persembahan tarian singa untuk pembukaan cawangan bilik pameran merupakan satu tradisi GINTELL sejak dulu lagi dan masih dikekalkan sehingga hari ini.

Dalam masa sama, acara diteruskan dengan majlis menandatangani pengendorsan duta antara Simon Yam, artis antarabangsa, dengan pihak GINTELL sekali gus melancarkan kerusi urut GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair.

Simon Yam turut memperkenalkan kebaikan dan fungsi GINTELL S6 Plus juga mempunyai sistem AI Fatigue Bio-Scan. Sistem BIO-Senses ini boleh mengimbas dan mengesan kadar denyutan jantung (nadi), oksigen darah, dan indeks kelesuan badan anda. Pengguna cuma perlu letakkan jari pada panel biometrik selama 30 saat untuk mengaktifkan sistem ini. Selepas kadar denyutan dan indeks badan dikesan, ia akan menyediakan program urutan automatik yang bersesuaian dengan kadar indeks semasa.

GINTELL S6 Plus turut dilengkapi dengan Spa Terapi Haba 360°. Terapi ini merupakan salah satu ciptaan inovatif terbaru di mana ia menggunakan beg udara haba yang mampat. Ia juga mempunyai tali pengikat bersilang yang lembut dan ringan yang diperbuat daripada “graphene” untuk pemanasan dan penyerapan lebih baik di bahagian abdomen. Spa terapi haba dapat membantu melegakan ketegangan otot secara keseluruhan dan mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh kekejangan otot atau sengugut.

Program “Brain Relief Therapy” dalam GINTELL S6 Plus adalah ciri unik yang direka khas untuk meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan tekanan mental. Program ini dapat mewujudkan suasana yang tenang dimana muzik latar yang lembut akan dimainkan sepanjang sesi urutan bagi menenangkan pemikiran dan secara tidak langsung merehatkan saraf.

Sempena pelancaran GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair, GINTELL menawarkan promosi khas. Tawaran hanya sah untuk masa terhad sahaja pada RM14,988 dengan hadiah percuma bernilai RM8,988.

Turut hadir; duta GINTELL; Amber Chia dan Dato’ Seri Master Chris Leong memeriahkan majlis.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *