Fri. May 3rd, 2024

Hisyam Rahim atau nama sebenarnya Muhammad Hisyam Bin Abdul Rahim, berasal dari Kemaman, Terengganu. Dia sedang menyambung pelajarannya di peringkat diploma dalam jurusan seni persembahan di UMK, Kampus Bachok. Karier seni Hisyam bermula sejak kecil, apabila dia aktif dalam pertandingan nyanyian, pidato, tilawah Al-Quran dan persembahan pentas lain.

Beberapa pencapaian peribadi Hisyam dalam bidang nyanyian sangat menarik untuk dikongsi diantaranya ialah :

-Juara Pertandingan Lagu Melayu Asli UMK (2021)

-Juara Pertandingan Megastarz 3.0 UMK (2022)

-Juara Pertandingan Lagu Patriotik Merdeka JKKN Kelantan (2023)

-Juara Pertandingan Lagu Patriotik JKKN Terengganu (2023)

-Juara Pertandingan Lagu Retro & Klasik Peringkat Negeri Kelantan (2023)

Baru – baru ini Hisyam Rahim telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Bintang Klasik 2023 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Ini adalah pencapaian terbesar beliau sepanjang bergelar penggiat seni dan melalui program ini beliau  juga dikenali dengan nama ‘Sitara Hisyam’.

Walaupun ‘Forte’ Hisyam lebih kepada lagu-lagu klasik akan tetapi beliau juga meminati serta boleh menyanyikan lagu berunsur ‘pop ballad’ dengan baik. Sebagai seorang pelajar diploma seni persembahan beliau mestilah mempunyai ‘Vocabulary’ muzik yang meluas. “Hal Kita” single pertama dari Hisyam Rahim iaitu sebuah karya yang lebih cenderung kepada “Malay Minor Ballad” dimana melodinya sememangnya halwa telinga untuk pendengar muzik tempatan. Lagu yang ditulis oleh ‘Sternistic Mike’ dan ‘Mimpi’, serta liriknya oleh ‘Mimpi’ dikeluarkan di bawah label muzik Media Asia Production Sdn.Bhd. (MAP Music) dan Hisyam Rahim diletakkan dibawah pengurusan Shoreline Resources. Hisyam berharap “Hal Kita” mendapat tempat yang baik dihati pendengar, di samping itu Hisyam mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak media tempatan,produksi dan sesiapa sahaja yang menyokong beliau. “Hal Kita” boleh ditonton dan didengari di Youtube serta platform-platform digital seperti Spotify,Joox,Apple Music,Itunes,dll. bermula 22 Disember 2023.

Enquiry :

+60193057657 – Shahrul

[email protected]

I.G : _syamrahim

TikTok : @sitarahisyam

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *