Sat. May 25th, 2024

Tengku Raden Iskandar nama sebenarnya. Iskandar Tengku Ismail, seorang pemain gitar dan ketua ensembel Spring, kini lumpuh dan mengalami pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, kesukaran bercakap dan dialisis akibat masalah buah pinggang.

Menyedari keadaan beliau yang kini hilang daya upaya kerja dan tiada sumber mata pencarian, dua sahabat baik beliau iaitu Ameng Spring dan Umarul Iklim telah mengusulkan masalah ini kepada Persatuan KARYAWAN Malaysia dan merangka jelajah amal ini ke seluruh Negara.

Memandangkan keperluan biaya beliau agak besar iaitu sekitar RM 40,000 bagi menampung kos perubatan dan perbelanjaan sepanjang tahun (Purata kos bulanan ialan RM 3,000) kami mendapati modul persembahan ringkas ini adalah jalan paling ekonomi dari segi modal penganjurannya dan insyaallah boleh mencapai matlamatnya. Kini kita telah Menyusun 3 lokasi utama iaitu di lokasi Santai Seni@TAR (Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur), Padang Kota, Pulau Pinang dan Terengganu Drawbridge, Kuala Terengganu serta bakal diteruskan dibeberapa lokasi lain seperti Ipoh, Kota Bharu dan lain-lain pada tarikh yang bakal ditentukan kelak.

Sebagai sepak mula KARYAWAN dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah merangka sebaik mungkin siri pertama jelajah ini di lokasi Jalan Tunku Abdul Rahman bersempena dengan program mingguan Santai Seni@TAR (Berhadapan KAMDAR) pada Tarikh 29 Januari 2023 (Ahad) bermula jam 2.30 sehingga 6.30 petang. Siri pertama ini turut menampilkan barisan penghibur terkenal dan berprestij iaitu Ameng Spring, Umarul Iklim, Syafiq Farhain, Alim Kris, Maman Teachers Pet, Bob Sentuhan, Mus Kemala, Belle Fattah, Iss Arffan, Black Maria, Islah & The People dan Radhi Khalid selaku MC.

Mekanisme kutipan sumbangan ialah melalui jualan amal beberapa produk seni, CD agama, tabung potter, QR Code dan juga secara dalam talian dimana sepanjang persembahan ini diadakan ianya turut disiarkan secara live.

Pada majlis ini juga tabung Solidariti ini telah menerima sumbangan dari Qew Communications Sdn Bhd dan Meta Music Xtreme (Label Muzik Maman Teachers Pet) turut hadir didalam majlis sidang media ini ialah beberpa rakan strategik yang merupakan penganjur dilokasi seterusnya iaitu

Pulau Pinang

Ybrs Mohd Faruk B.Abdul Rahman (Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang)

-Tuan Isma Azad (Panca Abadi Automobil)

-Wakil Sis Lawa.Co

Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia

Aizad Azman Pengerusi Persatuan Sahabat penghibur jalanan Malaysia

Terengganu Buskers Associations

Mohd Fazli A.Rahman Setiausaha Agung Terengganu Buskers Associations

Wakil dari MAP Music, Green Dome, Meta Music Xtreme, Mummylova

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *