TRISHA OOI JADI PEMANDU PERIBADI HISYAM HAMID?

Bermula 16 Februari 2024, My Lovely Driver, sebuah drama bersiri terbitan Sha’s Media Sdn Bhd akan menemui peminat drama menerusi slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my dengan muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Drama bersiri komedi romantik yang dilakonkan Trisha Ooi, Hisyam Hamid, Razzuan Rosli, Silfeny Osmani, Sefik Khair dan Faye Kusairi ini tentunya membuatkan penonton terhibur. Tambahan pula My Lovely Driver diarahkan oleh pengarah berpengalaman iaitu Ayie Mustafa dan hasil karya Lynnda Sharudin.

Drama bersiri 20 episod ini mengisahkan tentang Adly (Hisyam Hamid) yang masih trauma dengan kejadian kemalangan yang dialaminya lima tahun lepas dan melibatkan kematian seorang wanita. Kejadian ini menyebabkan dia sukar untuk memandu dan menyebabkan Adly menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk kemana-mana sahaja. Ketika Adly ingin menggunakan khidmat pemandu kereta sendiri itu, dia juga telah berkenalan dengan Sam (Trisha Oii).

Sam mempunyai banyak tanggungan di rumah, termasuk tanggungjawab untuk melunaskan hutang arwah ayahnya sehingga dia terpaksa mencari kerja tambahan. Sam tekad untuk menambah pendapatannya dan tidak boleh hanya bergantung kepada perniagaan atas taliannya. Jojo (Sera Melissa) memberi sokongan kepada Sam untuk menjadi pemandu E-hailing sepenuh masa sementara Jojo membantu perniagaannya.

Pertemuan pertama Adly dan Sam sebagai pemandu dan penumpang bagaikan sebuah takdir untuk mereka apabila Adly berasa selesa dengan kehadiran Sam dalam hidupnya. Dia telah mengupah Sam untuk menjadi pemandu peribadinya dan di samping itu Adly juga dapat mempelajari lebih banyak mengenai perniagaan daripada Sam. Adakah akan ada sesuatu di antara mereka? Dapatkah Adly pulih daripada trauma dengan kehadiran Sam?

Menurut Trisha Oii, “Saya amat teruja kerana buat pertama kalinya dapat bergandingan dengan pelakon berpengalaman iaitu Hisyam Hamid! Memandangkan drama My Lovely Driver ini ialah sebuah drama komedi romantik, saya rasa seronok apabila boleh bawa watak yang bersahaja berbanding dengan watak saya yang lebih serius dalam drama-drama sebelum ini. Saya tidak sabar untuk tunjukkan kepada penonton setia TV3 kelainan dalam watak yang diberi oleh Ayie Mustafa kepada saya. Mungkin penonton dapat melihat sisi yang lebih comel, lembut dan mencuit hati berbanding drama terdahulu, jadi saya berharap penonton dapat memberi reaksi positif untuk lakonan kami.”

Jangan ketinggalan untuk menonton My Lovely Driver  menerusi slot Akasia bermula 16 Februari 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7.00 malam di TV3 dan strim di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *