Wacana ‘Srikandi’ dalam Merayakan Keberanian dan Pencapaian Perempuan di Hari Wanita Sedunia

SACC Convec Sdn. Bhd. (SCS) memperkenalkan program terbaru mereka, Wacana Srikandi, sebagai inisiatif utama sempena Hari Wanita Sedunia. Pusat Konvensyen Shah Alam akan menjadi tempat pelaksanaan program ini pada 5 Mac 2024, dengan penyempurnaan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Hajah Nancy Shukri, Menteri Wanita, Keluarga, dan Masyarakat. Langkah ini menunjukkan kesungguhan SCS dalam memberikan pengiktirafan serta menghargai sumbangan wanita dalam pelbagai bidang. Komitmen ini mencerminkan tekad SCS dalam memperkasa peranan wanita dalam masyarakat.

“Program Wacana Srikandi bertujuan untuk memperingati peranan wanita dalam pelbagai bidang dan memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan. Dengan tema Memperkasakan Wanita, Mengarus Perdana Gender’, program ini menawarkan pelbagai acara menarik yang akan menyentuh aspek keusahawanan, seni dan pembangunan diri, ujar Azlina, Ketua Pegawai Eksekutif SCSB dalam sesi sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

“Acara menarik yang dijadualkan berlangsung termasuk penampilan eksklusif dari artis terkenal seperti Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel. Mereka akan menghiburkan para hadirin dengan penampilan muzik yang pasti memukau”, tambah Azlina lagi.

Selain itu, program ini turut menampilkan forum dari tokoh-tokoh usahawan di Malaysia dikendalikan oleh personaliti terkenal iaitu Fedtri Yahya untuk membicarakan aspek ekonomi dan sosial. Antara panel yang bakal hadir ialah Pengasas Chatime Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn. Bhd. dan penerima Anugerah Pesona Wanita Inspirasi Johor. Forum ini dijangka memberi pencerahan kepada para tetamu yang hadir mengenai peranan penting wanita dalam dunia yang kian mencabar ini.

Pusat Konvensyen Shah Alam akan turut menyajikan menu-menu istimewa yang dihasilkan oleh Cef terkenal bermula dari pembuka selera, hidangan utama hingga ke pencuci mulut.

Terdapat juga pertunjukan fesyen daripada pereka terkenal iaitu Jedan dengan rekaan eksklusif bertemakan Cahaya di Aidilfitri yang akan memperagakan 30 pasang baju raya dan ianya direka khas sempena program Wacana Srikandi ini. SCSB mengucapkan terima kash kepada para penaja yang terdiri daripadaPerbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku penaja utama dan para penaja lain iaitu Menteri Besar Incorporated, Worldwide Holdings Berhad, Selgate Corporation, Argania, Ferraflora dan dengan kerjasama Thrillerz dan MyTicket Asia.

SCSB turt mengalu-alukan sema untuk hadir ke program Wacana Srikandi ini bagi bersama-sama menyambut Hari Wanita Sedunia dengan membuat pembelian tiket melalui www.eventx.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *