Wed. May 1st, 2024
Peserta yang berjaya menjelajah sejauh 2,500km dalam ANITA Nation Ride 2022

Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah adalah mantan Menteri Kewangan Malaysia (1976-1984) dan Menteri Perdangangan dan Industri (1984-1987).

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Bank Dunia dan IMF, Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) dan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank).

Selain itu, beliau juga merupakan pengasas Petronas (Petroliam Nasional Berhad). Di Petronas, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak.

Beliau merupakan ahli parlimen Gua Musang, Kelantan. Dalam politik, beliau adalah Ketua UMNO Gua Musang. Program kembara jalur gemilang ini mendapat perhatian dan sokongan penuh daripada YBM Tengku Razaleigh Hamzah dengan aktiviti kemasyarakatan kembara jelajah kemanusiaan yang akan bermula pada 18 Ogos dan berakhir pada 25 Ogos 2022 di seluruh Malaysia. Antaranya di Gua Musang, Perak, Pahang dan lain-lainnya.

Majlis pelepasan konvoi kibaran jalur gemilang ini dimulai dengan acara perasmian yang disempurnakan oleh YBM Tengku Razaleigh di kediaman rasminya di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur. Kemudian, konvoi akan bergerak bagi acara seterusnya di Gua Musang pada 19 Ogos.

Majlis ini disempurnakan oleh YB Haji Mohd Syahbuddin bin Hashim (Ahli Dewan Undangan Negeri Galas), YB Haji Ab Aziz bin Yusoff (Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri), YB Haji Amran bin Ariffin (Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh).

Antara aktiviti yang akan dianjurkan di Gua Musang ini ialah Aktiviti Sumbangan Warga Asnaf Veteran Angkatan Tentera dengan sumbangan bantuan barangan keperluan. Aktiviti lainnya akan diadakan lawatan ke tempat-tempat menarik dan bersejarah di Gua Musang dan menikmati pelbagai menu masakan warisan yang terbaik di sana sambil menikmati panorama indah di Gua Neon dan di Gua Musang.

Selain daripada itu, rombongan Anita Nation Ride yang bertemakan kempen ‘Safe Ride Go Green’, bantuan kemanusiaan turut dibawa menjekajahi kawasan menarik dan bersejarah di Gua Musang. Antara tempat yang dilawati ialah Gua Neon dan Gua Musang sambil menikmati aneka jenis menu makanan di Gua Musang.

Peserta konvoi juga terlibat dalam program bersama para pelajar di Sekolah Kebangsaan Seberang Keluarga Malaysia bagi sambutan bulan kemerdekaan dengan aktiviti yang memberikan motivasi kepada pelajar di sekolah ini. Acara jelajah akan menutup tirai pada 25 Ogos di Jazz Ampang 103 di Ampang bersama Dato’ Nik Ahmad Azmi bin Nik Md. Daud dengan aktiviti sambutan bersama pengunjung dan kumpulan motosikal dan persembahan hiburan.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *