Mon. Apr 29th, 2024

Yang Berhormat Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, membuka dan menutup Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah 2022 Peringkat Kebangsaan hari ini di Hotel Primula Beach Resort Kuala Terengganu, Terengganu.

2. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Program Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) Tahun 2022 Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan mulai 17 sehingga 19 Oktober 2022 di Kuala Terengganu, Terengganu. CIP KPS pada tahun ini melibatkan penyertaan 634 sekolah yang terdiri daripada 2,536 pelajar dari seluruh negara dan format pertandingan ini adalah berbentuk cabaran interaktif berkonsepkan explorace yang menguji kecekapan, pengetahuan dan amalan kepenggunaan merangkumi aspek-aspek kepenggunaan dengan memberi penekanan terhadap lima (5) aspek iaitu perlindungan pengguna, pengurusan kewangan, pemakanan sihat, kelestarian alam sekitar dan kerja berpasukan.

3. Untuk makluman, Cabaran Interaktif Pengguna ini merupakan salah satu aktiviti kepenggunaan di bawah Kelab Pengguna Sekolah (KPS) yang berperanan sebagai platform dan nadi penggerak pendidikan kepenggunaan di peringkat sekolah menengah. Berdasarkan data terkini sehingga 30 September 2022, sebanyak 2,030 sekolah telah menubuhkan Kelab Pengguna Sekolah (KPS) dengan melibatkan penyertaan pelajar seramai 69,178 orang sebagai ahli KPS dan pihak KPDNHEP menyeru agar lebih banyak sekolah tampil ke hadapan untuk mendaftarkan Kelab Pengguna Sekolah di sekolah masing-masing bagi menyebarluas kefahaman dan kesedaran hak pengguna sehingga peringkat akar umbi.

 

4. Pihak Kementerian juga komited menyokong usaha dan kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kesedaran hak pengguna terutama di kalangan pelajar. Kementerian percaya peranan yang dimainkan oleh para pelajar amat penting yang boleh menjadi duta kecil KPDNHEP dalam menyebarluaskan maklumat kepenggunaan dan dikongsi bukan sahaja di peringkat ahli-ahli KPS bahkan dikongsi bersama rakan, warga sekolah, ahli keluarga dan masyarakat setempat.

5. Besarlah harapan pihak Kementerian agar program seumpama ini menjadi platform terbaik bagi pembelajaran interaktif yang efektif dalam usaha membentuk generasi pengguna muda khususnya di peringkat sekolah agar menjadi seorang pengguna yang berilmu, bijak dan bertanggungjawab.

SENARAI PEMENANG CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA KELAB PENGGUNA SEKOLAH (CIP KPS) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

 

ANUGERAH PENGGUNA BIJAK

SM SAINS ALAM SHAH (W.P. KUALA LUMPUR)

 

ANUGERAH MESRA ALAM

SMK KOTA MASAI 2 (JOHOR)

 

ANUGERAH NUTRI-X

SMK ST PAUL (NEGERI SEMBILAN)

 

ANUGERAH BIJAK WANG

SMK SRI NANGKA, TUARAN (SABAH)

 

ANUGERAH SUARA PENGGUNA

SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN MAHMUD (TERENGGANU)

 

TEMPAT KE-5

MRSM TUN GHAFAR BABA, JASIN (MELAKA)

 

TEMPAT KE-4

SMA MAJLIS AGAMA ISLAM WP LABUAN (W.P. LABUAN)

 

TEMPAT KE-3

SM SAINS ALAM SHAH ( W.P. KUALA LUMPUR)

 

NAIB JOHAN

SMK SRI NANGKA, TUARAN (SABAH)

 

JOHAN

SMK KIDURONG, BINTULU (SARAWAK)

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *