Fri. May 3rd, 2024

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menggeledah sebuah kedai di Jalan Mutiara, Skudai, Johor minggu ini yang menjual gajet teknologi penstriman (kotak android) (KPDNHEP).

2. Serbuan yang bermula pada jam 1.00 tengah hari itu dengan kekuatan seramai empat (4) anggota penguat kuasa KPDNHEP Putrajaya dilakukan hasil daripada maklumat pemilik hak cipta serta risikan awal yang telah dilakukan oleh pihak KPDNHEP selama beberapa hari sebelum tindakan.

3. Hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis terbabit, pihak KPDNHEP telah merampas 600 unit alat teknologi penstriman pelbagai jenama berserta dokumen yang berkaitan yang disyaki mengandungi karya hak cipta yang dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 404,500.00.

4. Pasukan serbuan juga telah bertindak menahan seorang individu, wanita warganegara tempatan berumur lingkungan 20-an yang mengaku sebagai pekerja di premis terbabit untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 43AA Akta Hak Cipta 1987 iaitu melakukan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya dengan menjual suatu teknologi penstriman.

5. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM 10 000.00 dan tidak melebihi RM 200,000.00 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

6. Pihak KPDNHEP telah menambahbaik Akta Hak Cipta 1987 melalui pindaan kepada Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 yang telah berkuatkuasa mulai 18 Mac 2022 lalu. Ia memberi penekanan dalam usaha pihak Kementerian untuk membanteras pelanggaran hak cipta secara dalam talian atau cetak rompak digital ini dengan lebih berkesan.

7. Pihak Kementerian ingin mengingatkan kepada semua peniaga agar tidak menjual alat teknologi penstriman seumpama ini yang mengandungi karya hak cipta yang dituntut haknya tanpa kebenaran. Tindakan penguatkuasaan serta pemantauan yang berterusan dan tegas akan dilakukan oleh pihak Kementerian kerana alat teknologi penstriman ini berupaya untuk melakukan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya hak cipta yang dilindungi.

8. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku peniaga berhubung perkara yang berkaitan boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

  • WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000
  • Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my
  • Call Centre 1-800-886-800 3
  • Emel [email protected]
  • Ez ADU KPDNHEP

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *