Sun. Apr 28th, 2024

Alternate Records & Talents, label rakaman di bawah naungan Media Prima Berhad, kini mencari bakat baharu bagi kumpulan wanita melalui uji bakat atas talian! Jika anda mempunyai bakat terpendam dan ingin menceburkan diri dalam bidang hiburan tanah air, jangan lepaskan peluang untuk menyertai uji bakat istimewa ini bermula 27 Februari hingga 8 Mac 2024.

Selepas kejayaan mempamerkan bakat-bakat penyanyi wanita yang berkebolehan antaranya Puteri Khareeza, Marsha Milan dan Shiha Zikir,  Alternate Records & Talents kini ingin mencari lebih ramai bakat baharu wanita untuk memeriahkan lagi industri seni tanah air. Pencarian kumpulan wanita ini bertujuan untuk menampilkan individu yang bukan sahaja mempunyai bakat vokal berkualiti dan persembahan yang luar biasa, tetapi juga mempunyai karisma dan daya tarikan yang tersendiri. Ahli yang dipilih akan berpeluang untuk mencipta lagu, merakam video muzik, dan melakukan promosi setanding antarabangsa.

Anda mungkin antara yang terpilih! Penyertaan terbuka kepada wanita berusia 18 hingga 25 tahun, mempunyai bakat dalam nyanyian dan tarian. Kebolehan bermain alat muzik juga adalah bonus! Jangan lepaskan peluang anda untuk bersinar di atas pentas sebagai kumpulan wanita hangat yang seterusnya dengan cara memuat naik video persembahan nyanyian dan tarian yang tidak melebihi 3 minit di paparan Instagram atau Tik tok anda. Pastikan anda tag laman rasmi media sosial Instagram @alternate.my_  atau Tik Tok @alternate.rt_ serta hantar video tersebut menerusi peti mesej selewat-lewatnya pada 8 Mac 2024.

Jom ekspresikan bakat terpendam anda dan sertai uji bakat ini! Untuk maklumat lanjut tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *