Mon. Apr 29th, 2024

Pada malam kemuncak Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 yang berlangsung pada 7 Mac lalu, sebuah motosikal Honda model RS-X diumumkan sebagai hadiah kepada individu yang pertama kali menyiarkan (tweet) X tiga kod rahsia yang diberikan oleh hos rancangan pada malam tersebut.

Hadiah motosikal RS-X telah diserahkan oleh AmanRa (Duta Honda RS-X) dengan diiringi oleh Steven Chin, Pengurus Kanan Pemasaran dan Ahmed Faris Amir, Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie kepada Mohammad Noor Jumaat di Honda Impian X Bandar Puchong Jaya pada pagi tadi.

Mohammad Noor Jumaat, 36, berkata “Tuah saya menang motor malam Jumaat, terima kasih kepada Honda Motorcycle dan Anugerah Lagu Indie kerana tawarkan hadiah motor RS-X.”

Mengakui terkejut dan terharu ketika namanya diumumkan membuatkan dirinya terkedu seketika dan rasa tidak percaya. Mohammad Noor Jumaat yang bekerja sendiri memberitahu tidak akan menjual motosikal tersebut, sebaliknya ingin menggunakan untuk kegunaan sendiri.

Steven Chin berkata, “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Anugerah Lagu Indie 2023 dan berharap pihak pemenang gembira serta berpeluang untuk mengembara ke destinasi-destinasi impian beliau dengan RS-X. Ini sejajar dengan falsafah Semangat Impian dan frasa global kami The Power of Dreams serta How We Move You.”

Ahmed Faris Amir, Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Rakan Motosikal Rasmi ALI2023 iaitu Honda Motorcycle Malaysia yang sudi untuk menambah nilai kepada Anugerah Lagu Indie 2023, sekaligus bersama-sama kami dalam menyokong komuniti muzik indie,” tambah beliau lagi.

Kira-kira 200 orang telah hadir menjayakan dan memeriahkan pada malam Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie. Sebagai sebuah platform yang dicipta khusus untuk meraikan bakat-bakat muzik indie tempatan, Anugerah Lagu Indie memberi inspirasi kepada penggiat muzik indie untuk terus menghasilkan karya yang asli dan berkualiti dalam arena muzik.

Lagu “Pembunuh Malam” yang dicipta oleh Hazeeq Hilman dan Muhd Haziq serta dipersembahkan oleh artis ‘Lunar’ tampil sebagai Juara Lagu Terbaik pada malam tersebut.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *