Sat. Apr 27th, 2024

Jaz Hayat, penyanyi berbakat kelahiran 1993, kembali mencuri perhatian dalam industri musik dengan perilisan single terbarunya, ‘Seribu Tahun’. Lagu ini adalah sebuah remake dari karya Imran Ajmain yang sangat terkenal pada tahun 2007. Dengan sentuhan istimewa dari komposisi orisinal oleh Taufik Batisah dan produksi oleh Seek, lagu ini membawa elemen yang segar dan modern.

Jaz juga kongsikan tentang perjalanan dalam pemilihan lagu ‘Seribu Tahun’ sebagai single terbarunya, pada beberapa bulan yang lalu Jaz telah memuat naik satu video rakaman lagu ‘Seribu Tahun’ ini di sosial media Instagramnya dengan durasi satu minit 30 saat itu telah mendapat sambutan daripada pengikutnya di saluran itu.

“Pada awalnya, saya sangat sukakan lagu ‘Seribu Tahun’ ini dan dijadikan sebagai content di Instagram dengan durasi satu minit 30 saat itu tiba-tiba mendapat sambutan daripada peminat. Setelah itu, saya dan pihak syarikat rakaman Sony Music Entertainment berbincang untuk menghasilkan ia sebagai lagu saduran untuk keluaran single terbaru pada tahun ini selepas keluaran single ‘Bersamamu’” Kata Jaz berkongsi tentang proses lagu ‘Seribu Tahun’ dihasilkan.

Selain itu, lagu ini sangat istimewa untuk Jaz kerana ia mengisahkan tentang kesetiaan seseorang yang sanggup melakukan apa sahaja walaupun seribu tahun lamanya. Namun adakah ia akan bertahan selamanya? Jaz berasa teruja dengan keluaran lagu ini agar pendengar dapat kaitkan dengan pengalaman peribadi masing-masing.

“Menurut Jaz lagu ini mengenai kesetiaan seseorang yang akan bertahan seribu tahun lamanya dan adakah ia mampu bertahan selama itu? Keunikkan lagu ini juga tiada kesimpulan, sebaliknya ia memberi persoalan kepada pendengar” Jaz berkata dengan keistimewaan lagu ini.

Dari sudut aspek lagu, ‘Seribu Tahun’ mempunyai makna lirik yang mendalam dan melodi yang indah, sekali gus genre ballad telah mengembalikan gaya nyanyian asal seperti single sulungnya, ‘Dari Mata’ Hal ini dapat membantu Jaz dalam menyampaikan karya ini dengan lebih baik.

“Ketika saya sekolah menengah, ‘Seribu Tahun’ sudah pun popular di Kawasan Asia Tenggara seperti Brunei, Singapura dan Malaysia. Lagu ini mempunyai lirik yang indah dan melodi yang menarik. Genre ballad ini juga dapat mengembalikan cara nyanyian asal saya seperti single pertama dahulu” Kata Jaz, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Dari Mata’ itu.

Selain itu, lagu ‘Seribu Tahun’ ini telah mendapat sambutan yang luar biasa di Malaysia, apabila telah disenaraikan di dalam empat buah playlist teratas di saluran strim digital, Spotify seperti Galau Rabak, Carta Malaysia, Pop Balada dan Pop Terkini.

“Jaz tidak sangka lagu ini mendapat sambutan daripada Malaysia, dengan pencapaian ini Jaz mengambil kesempatan untuk berterima kasih atas sokongan kerjaya saya terutamanya lagu ‘Seribu Tahun’ ini. Semoga tahun akan datang saya akan menghasilkan karya-karya yang lebih banyak dan berkualiti tinggi” Jaz menjelaskan rasa bersyukurnya. Lagu ‘Seribu Tahun’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *