Sat. Apr 27th, 2024

Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua  Perangkawan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Dr. Ismail Hj Parlan,  Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menanam  spesies pokok Beruas (Garcinia hombroniana) di tapak semaian Institut Latihan Statistik  Malaysia (ILSM) bersempena dengan pelaksanaan Banci Pertanian 2024. Bersama-sama  hadir adalah Puan Nazaria Baharudin, Timbalan Ketua Perangkawan, Program Sosial dan  Pembangunan Teknikal, DOSM; Yang Berbahagia Datin Seri Rozita Talha, Timbalan  Ketua Perangkawan, Program Ekonomi, DOSM; dan agensi-agensi kerajaan sekitar  negeri Perak.

Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, sebanyak 350 batang anak pokok akan ditanam  pada hari ini di mana 220 daripadanya adalah sumbangan FRIM dan baki adalah infaq dari  anggota DOSM. Program ini berterusan sehingga 31 Disember 2023 dengan sasaran sebanyak 1,000 batang pokok. Sebagai permulaan, pada hari ini antara spesis pokok yang  akan ditanam adalah pokok buah dan pokok hutan iaitu pokok jambu, cermai, beruas,

sentul, jering, pelung, gajus, kapur, kantan, palau senkawan air, meranti tembaga dan  meranti seraya di kawasan tapak semaian seluas 1.7 ekar. Inisiatif ini bukan sahaja  menggambarkan komitmen DOSM terhadap kelestarian alam, tetapi juga seiring dengan  agenda nasional yang memberi penekanan kepada kepentingan kawasan hijau. Ini selaras  dengan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang dilaksanakan oleh Kementerian  Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dalam tempoh lima tahun

bermula 2021 hingga 2025.

Geografi Malaysia dilitupi dengan kawasan berhutan yang yang menyumbang kepada kesejahteraan dan kualiti hidup di samping memelihara keseimbangan ekosistem dan  biodiversiti negara. Program pada hari ini adalah bersempena dengan pelaksanan Banci  Pertanian 2024 yang meliputi semua aktiviti Pertanian termasuk perhutanan dan  pembalakan. Banci pertanian akan merangkumi pegangan pertanian yang terdiri daripada  isi rumah dan pertubuhan perniagaan yang terlibat dalam aktiviti pertanian iaitu tanaman  makanan & komoditi, ternakan, perikanan & akuakultur, dan pembalakan & perhutanan.  Maklumat utama yang akan dihasilkan daripada bancian ini adalah demografi pegangan  pertanian, keluasan tanah, sistem pengairan, pekerja, agro-pelancongan, kemudahan  pembiayaan, pendapatan dan perbelanjaan aset, amalan pertanian dan penggunaan  teknologi, ekonomi digital dalam pemasaran dan aspek keterjaminan makanan. Kali  terakhir negara menjalankan Banci Pertanian adalah pada tahun 2005.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah melancarkan OpenDOSM NextGen sebagai  medium yang menyediakan katalog data dan visualisasi bagi memudahkan pengguna  menganalisis pelbagai data dan boleh diakses melalui portal https://open.dosm.gov.my.

DOSM akan menjalankan Banci Pertanian pada tahun 2024. Mohon layari  https://www.myagricensus.gov.my/ untuk maklumat lanjut. Tema adalah “Banci Pertanian,  Kunci Kemajuan Pertanian.”

Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Hari Statistik Negara (MyStats Day) pada  20 Oktober setiap tahun. Tema sambutan MyStats Day adalah Statistik Nadi Kehidupan”.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *