Sun. Apr 14th, 2024

Pusat Beli-Belah ikonik, Suria KLCC menjemput para pengunjung  untuk menulusuri sambutan yang imersif pada musim perayaan Hari Raya kali ini. Suria KLCC  membawakan kempen Hari Raya yang berlangsung selama 38 hari bermula dari 15 Mac sehingga 21  April bersempena dengan hari lebaran yang bakal kunjung tiba pada 10 dan 11 April kelak.

Dekorasi sambutan perayaan Hari Raya kali ini bakal memukau para pengunjung apabila laman ‘Centre Court’ ditransformasikan menjadi suasana taman yang bertemakan keindahan bunga  ‘bougainveilla” atau lebih dikenali sebagai bunga kertas, pokok palma dan juga pelbagai dedaun dan  bunga tropika tempatan.

Berdiri di tengah-tengah ruang hiasan yang gah, tersergam indah sebuah ‘Rumah Kampung’  tradisional dengan tata landskap yang menggamit nostalgia. Dekorasi lebaran kali ini turut  membawakan latar belakang yang klasik dan sempurna apabila ‘Rumah Kampung’ tersebut turut  dilengkapi dengan hiasan anyaman asli seperti bakul, kipas tangan dan dulang.

Pengunjung juga boleh mencuba bermain permainan tradisional seperti ‘Teng Teng’, ‘Batu Seremban’  dan juga ‘Congkak’ sepanjang tempoh kempen Hari Raya. Tidak kurang daripada itu, para pengunjung juga berpeluang untuk merakam detik berharga di sudut ‘photobooth’ yang mana para pengunjung  akan menerima cetakan fizikal dan salinan dalam talian secara percuma. Kemeriahan berganda dapat  dirasakan dengan pelbagai persembahan kebudayaan yang bakal berlangsung pada hujung minggu.

Melalui kerjasama dengan Kraftangan Malaysia, Pihak Suria KLCC akan membawakan pelbagai  aktiviti menarik seperti Demonstrasi Kraf dan Sesi Interaktif Kraf yang bakal berlangsung di laman  ‘Centre Court’ dan jualan kraf tempatan di ‘Ramlee Mall’ yang berlokasi di aras 1 bermula dari 15 Mac  sehingga 7 April. Seiring dengan komitmen Suria KLCC yang terus memperjuangkan Kesedaran  Kesihatan Mental, para pengunjung yang mengambil bahagian di dalam aktiviti yang tersenarai

berpeluang untuk membeli ‘Suria Ribbon Pin’ yang berharga RM 10 dan akan menerima pelitup muka  batik eksklusif. Kesemua hasil penjualan akan disalurkan kepada NGO yang terpilih.

Dekorasi megah Suria KLCC kali ini turut membawakan binaan ‘Lampu Pelita’ setinggi 60 kaki di  laman ‘Esplanade KLCC’. Binaan ini turut diiktiraf oleh ‘Malaysia Book of Records’ pada tahun 2022  sebagai replika ‘Lampu Pelita’ terbesar di Malaysia yang memaparkan tekstur anyaman berwarna warni pada setiap panel replika tersebut.

Pengalaman membeli-belah musim perayaan di Suria KLCC turut diperkaya dengan ganjaran yang  menarik di mana pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit dari 15 Mac hingga 14  April akan menerima e-Baucar Beli-Belah Suria KLCC bernilai RM100 serta satu set sampul Hari Raya  eksklusif Suria KLCC.

Selain ganjaran tersebut, 50 pembeli pertama yang membeli e-Baucar Beli-Belah Suria KLCC yang  bernilai RM1,000 akan menerima tambahan e-Baucar bernilai RM100.

Pusat Beli-Belah Alamanda

Sambutan Hari Raya di Alamanda Putrajaya yang mambawakan tema anyaman berwarna-warni  disamping latar belakang taman tropikal turut berlangsung dari 15 Mac sehingga 21 April.

Laman ‘Court Centre’ Alamanda Putrajaya juga dilihat menampilkan dekorasi tropikal yang dihiaskan  dengan binaan ‘Rumah Kampung’ tradisional dilengkapi elemen anyaman yang berwarna-warni di  bahagian dinding, tingkap, dan bumbung rumah. Suasana ‘Rumah Kampung’ tersebut turut dihiasi oleh lampu pelita yang pasti menyingkap kenangan kita terhadap suasana kampung tradisional zaman  dahulu kala.

Para pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti kebudayaan seperti bermain permainan  tradisional ‘Batu Seremban’, ‘Congkak’ bersaiz besar dan juga ‘Teng Teng’.

Pada setiap hujung minggu bermula dari 30 Mac sehingga 7 April, aktiviti seni dan kebudayaan akan  dianjurkan khas untuk penglibatan ahli VIKids, sementara para pengunjung berpeluang untuk belajar  cara menganyam ‘ketupat’. Persembahan kebudayaan juga turut diadakan pada hujung minggu di  laman ‘Centre Court’ bagi meningkatkan keriangan sambutan lebaran.

Kemeriahan Aidilfitri juga dapat dirasai apabila para pembeli akan mendapat ganjaran melalui  ‘Shoppers Rewards Programme’. Pembeli yang berbelanja RM700 dalam dua resit akan menerima  beg anyaman berwarna-warni serta satu set Sampul Raya eksklusif. Bagi pembeli yang

membelanjakan RM1,500 dan ke atas dalam dua resit, mereka akan menerima RM50 Baucar Beli Belah Alamanda bersama beg anyaman dan Sampul Raya.

Dengan komitmen yang teguh terhadap tanggungjawab sosial korporat, Pusat Beli-Belah Alamanda  meluaskan keperihatinannya kepada golongan yang kurang bernasib baik melalui acara berbuka  puasa khas untuk anak anak yatim. Program ini membolehkan anak-anak yatim ini menikmati  persembahan sambutan perayaan, beli-belah persalinan dan perhiasan Hari Raya yang baru, serta  menerima ‘Duit Raya’.

Pusat Beli-Belah Mesra

Pusat Beli-Belah Mesra Mall di Terengganu turut menjayakan kempen Hari Raya yang akan  berlangsung selama 46 hari, bermula dari 12 Mac hingga 30 April. Sambutan ekstravaganza kali ini  juga menampilkan hasil anyaman tradisional dalam dekorasinya bagi memperkaya budaya tempatan  dalam menyambut kehadiran Aidiliftri.

Turut tidak ketinggalan, para pengunjung Mesra Mall juga berpeluang untuk merasai keriangan  lebaran dengan menikmati ganjaran eksklusif dengan menerima sebuah beg buluh anyaman berwarna-warni dan satu set Sampul Raya pada setiap pembelian RM350 dalam dua resit.

Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung pada hari Jumaat dan Sabtu menjelang sambutan  Hari Raya, antaranya adalah Pertandingan Anyaman Kostum, Pertandingan Mewarna Mesra untuk  kanak-kanak, Bengkel hiasan ‘Biskut Raya’, persembahan tarian tradisional, sambutan Hari Raya  bersama masyarakat ‘Orang Asli’, Bengkel Gubahan Bunga, Bengkel Solekan Raya, dan juga Bengkel  ‘Kembalikan Kad Raya’.

Turut serta dalam meneruskan inisiatif terhadap tanggungjawab kelestarian korporat, Mesra Mall ingin  menyantuni nilai Aidilfitri kali ini dengan mambawakan program Jalinan Mesra bersama Jabatan  Kebajikan Masyarakat Kemaman pada 21 Mac. Dalam usaha ini, 40 warga emas akan menyertai  pihak pengurusan Mesra Mall, pihak berkuasa tempatan, dan penaja untuk berbuka puasa bersama sama.

Selain daripada itu, pengagihan bubur lambuk akan diadakan untuk 500 pengunjung utama pada 28  Mac.

Sambutan perayaan di Malaysia merupakan masa untuk berkongsi kegembiraan dan menghargai  adat dan budaya. Di Suria KLCC, Alamanda, dan Mesra Mall, pelbagai usaha telah dilakukan untuk  mencipta pengalaman yang bermakna yang juga menjadi titik nilai mulia sambutan lebaran. Di  samping kita berusaha menyemai nostalgia dalam membuka lembaran sambutan Hari Raya yang  menggembirakan ini, Kumpulan Suria KLCC berharap agar sambutan perayaan kali ini menjadi asas penyatuan dan pemumupukan silaturahim yang teguh dan utuh.

Untuk info lanjut, layari:

  1. Suria KLCC – www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMallii. Alamanda – www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentreiii. Mesra Mall – www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *