Sat. Apr 13th, 2024

JOHOR BAHRU, 02 NOVEMBER 2023 — Ferrotec merupakan kuasa separa pengalir yang terkenal untuk bahan, komponen dan penyelesaian sistem ketepatannya yang canggih. Ferrotec  bersedia untuk menguatkan kehadirannya dalam domain separa pengalir kuasa. Mereka  telah mendedahkan perancangan untuk kemudahan pembuatan tercanggih di Johor, Malaysia melalui anak syarikatnya, Jiangsu Ferrotec Semiconductor Technology Co., Ltd. Cara ini menunjuk penerokaan kemudahan besar yang kedua Ferrotec ke Malaysia, daripada perasmian pecah tanah mereka di Kedah pada Ogos 2022.

 

Pengembangan berganda Ferrotec yang pantas di Malaysia dalam tempoh setahun adalah bukti keyakinan teguh mereka terhadap ekosistem perindustrian negara sekaligus potensi untuk pertumbuhan. Pelaburan konsisten mereka menggariskan visi strategik untuk memanfaatkan persekitaran perniagaan Malaysia yang kondusif, tenaga kerja mahir dan lokasi strategik di rantau Asia-Pasifik. Pendekatan dinamik ini bukan sahaja mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan tetapi juga menggariskan komitmen Ferrotec untuk memperkukuh rantaian bekalan globalnya dan melayani pelanggannya dengan lebih cekap.

 

“Malaysia telah terbukti menjadi rakan kongsi yang amat diperlukan dalam lintasan pertumbuhan kami. Perkembangan pesat kami dalam negara mencerminkan kepercayaan kami terhadap potensi yang tidak dapat ditandingi seperti yang ditawarkan. Sambil kami terus mengukuhkan akar kami di sini, kami teruja untuk bekerjasama dengan masyarakat tempatan, memanfaatkan ke dalam kepakaran mereka dan menyumbang kepada landskap separa pengalir negara yang berkembang pesat. Usaha ini lebih daripada pelaburan, ia adalah bukti komitmen jangka panjang kami kepada Malaysia dan masa depannya,” kata Soo Kim Fatt selaku Pengarah Ferrotec Power Semiconductor Malaysia.

 

Dengan jumlah kawasan pembinaan yang mengagumkan iaitu kira-kira 670,000 square feet (kawasan pembinaan baharu 330,000 square feet, manakal kawasan pembinaan sedia ada adalah 340,000 square feet), kilang itu mewakili pelaburan sebanyak 420 juta ringgit Malaysia. Setelah beroperasi sepenuhnya pada September 2024, kemudahan itu diunjurkan akan menghasilkan 300,000 pengikat kuprum bersubstrat (DCB) dan 200,000 substrat pateri logam yang aktif (AMB) untuk setiap bulan.

Acara pecah tanah itu menyaksikan perhimpunan tokoh industri, termasuk YB Lee Ting Han, Pengerusi Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor. “Peningkatan Johor sebagai hab perindustrian yang terkenal di koridor APAC adalah melahirkan dan memperlihatkan suatu wawasan pemikiran ke hadapan dan inisiatif yang konsisten dari kami.

 

Pelaburan besar Ferrotec di negeri kami mengukuhkan kehebatan industri kami, kelebihan geo- strategik dan komitmen untuk mempromosikan ekosistem perniagaan yang cergas. Usaha bersama ini merupakan satu langkah projek yang berimpak tinggi ke arah masa depan di mana Johor berdiri sebagai mercu tanda kehebatan industri dan inovasi di persada antarabangsa.” kata YB Lee.

 

Ferrotec telah secara konsisten mengembangkan jangkauan pengeluarannya dengan pangkalan di lokasi seperti Shanghai, Dongtai dan Sichuan. Menyedari perubahan landskap perniagaan dan berminat untuk menyediakan perkhidmatan yang tiada tandingan kepada pelanggan utamanya, pilihan untuk bertapak di Malaysia, terutamanya di bahagian selatan, menjadi lebih jelas.

 

Untuk mempercepatkan usaha ini, Ferrotec berhasrat untuk memperolehi dan mengubah kilang sedia ada, ianya bagi memastikan penggunaan sumber yang cekap dan pelaburan yang optimum. Pendekatan itu juga akan menyaksikan kelahiran anak syarikat baharu di Malaysia bagi menyelia pengurusan dan operasi pangkalan pengeluaran yang baharu itu.

 

Merangkumi gabungan keupayaan penyelidikan, inovasi dan pembuatan, kemudahan baharu Ferrotec dijangka menjadi suatu langkah bagi mengubah permainan untuk domain separa pengalir di rantau APAC. Lokasi pilihan adalah di Johor yang menjanjikan kesinambungan yang lebih baik dan operasi rantaian bekalan yang diperkemas, bagi memastikan pelanggan global Ferrotec mengalami pencapaian perkhidmatan yang dipertingkatkan. Dengan langkah projek berimpak besar ini, syarikat bukan sahaja mengukuhkan kehadirannya di rantau ini tetapi juga menetapkan tahap untuk inovasi dan kerjasama pada masa depan, menjanjikan masa depan yang lebih cerah dan maju dari segi teknologi untuk industri separa pengalir.

 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *