Mon. Apr 15th, 2024

Havoc Event & Management Sdn Bhd (HAVOC), juga dikenali sebagai Food Festival Havoc, mempunyai sejarah menganjurkan acara menghiburkan yang pastinya ‘pecah’ bagi masyarakat untuk meraikannya.

Havoc Event & Management Sdn Bhd (HAVOC) atau lebih popular sebagai Havoc Food Festival secara khususnya “brand” ini telah ditubuhkan pada tahun 2019 dan dimiliki sepenuhnya oleh syarikat bumiputera, HAVOC merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan pengurusan acara seperti festival makanan, automotive, fesyen & kecantikan.

Pada tahun 2020, mereka memperkenalkan Havoc Food Festival kepada Tourism Malaysia dalam mempromosikan program Cuti-Cuti Malaysia iaitu “Year Visit Malaysia”. Secara tidak langsung program itu telah mendapat sambutan seratus ribu orang pada jelajah Havoc 2.0 di Kuantan Pahang.

Jenama Havoc lebih dikenali sebagai sebuah festival makanan yang telah menjelajah diseluruh semenanjung Malaysia bermula di Shah Alam Selangor, Kuantan Pahang, Johor Bahru, MITC Melaka dan Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Bermulanya dari awal HAVOC 1.0 pihak pengurusan tertinggi syarikat terus mengorak langkah bergerak maju kehadapan dengan meletakkan jenama HAVOC ini sebagai jenama rasmi muka hadapan bagi memastikan ia terus kekal berdaya saing serta mendapat tempat dihati pengunjung dan penggemar makanan dan minuman di seluruh Malaysia.

Havoc Street Food Festival 2023 tahun ini akan berlangsung pada 1 hingga 5 Jun di Dataran Serambi Teruntum Kuantan mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Manakala lokasi-lokasi selanjutnya untuk tahun ini, HAVOC akan mengunjungi Kuantan,Kedah,Terengganu, Melaka, Johor dan Kembali ke Shah Alam.

Bagi membentuk kelainan dan menambah nilai bagi acara HAVOC pada tahun ini, Havoc Event & Management Sdn Bhd (HAVOC) dengan bangganya membawakan Program Islamik Havoc Street Food Fest 2023 dalam sini Havoc Festival.

Lebih membanggakan lagi ADE AZHAR TRADING selaku pembekal ilmiah islamik sudi menjadi penaja utama bagi program ini.

ADE AZHAR TRADING  SDN BHD (AATSB) merupakan sebuah syarikat yang mengedarkan bahan ilmiah premium dan ekslusif khusunya di sekolah dalam Malaysia di mana produk-produk yang diedarkan hanya boleh diperolehi melalui wakil AATSB sahaja.

AATSB juga mengedarkan produk-produk dari syarikat lain seperti buku Formula Kuasai Tajwid, Ihya Ulumuddin, Ubi Sake, Sambal Goreng Crunchy dan Quran Edisi Raudhah.

Antara program yang akan dilaksanakan di bawah program tersebut adalah Program Imu ‘Allah Tak Pernah Benci Kita’ yang akan berlangsung pada 2 Jun 2023, pukul 9 malam di Dataran Serambi Teruntum Kuantan.

Acara ini akan dikendalikan oleh Syahdu Syahdan selaku moderator dan dilengkap dengan PU Amin dan Dai’ Izhar selaku panel.

Manakala untuk malam kedua iaitu 3 Jun 2023, pukul 9 malam di lokasi yang sama akan diadakan Malam Berselawat & Qasidah Perdana dengan penampilan khas Habib Nael Bentaher, Habib Mahdi Alhamid, Syeikh Mahmoud Wasobi dan kumpulan Inteam.

Hadirin dijemput hadir, masuk adalah percuma dan tempat duduk disediakan. Namun dinasihati untuk membawa tikar sendiri.

Menariknya, Cabutan Xtravaganza akan diadakan dan pemenang bertuah akan memenangi Hadiah Utama berbentuk sebuah kereta Perodua Bezza dan motosikal Yamaha RX-Z selain hadiah-hadiah yang lain.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *