Sun. Apr 14th, 2024

Orang ramai menyangka Faizal sebagai seorang yang soleh apabila dia hilang ingatan dan tersesat di sebuah kampung. Penduduk tempatan bersikap baik kepada Faizal dan mengharapkan dia membantu mereka mempelajari bahasa Inggeris. Apa akan jadi dengan status Faizal di dusun sebagai ‘mat saleh’?

Kampung Mat Salleh terbitan Country Universal Sdn Bhd bakal bersiaran menerusi slot Sakura bermula 18 Mei 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.00 petang. Drama bersiri 20 episod arahan Hashim Rejab ini dibintangi oleh barisan pelakon muda dan berpengalaman seperti Aiman Nasir Wynne, Nelissa Nizam, Wanna Ali, Kazar Saisi, Wanns Ahmad, Kamarul Eqi, Fathil Dani, Mazlee Razalee dan Amy Nur Tinie.

Faizal (Aiman Nasir Wynne) mempunyai kehidupan yang normal sebagai seorang despatch di sebuah syarikat guaman di Kuala Lumpur dan mempunyai teman wanita iaitu Mimi. Setelah diarahkan oleh bosnya, Tuan Shakur, untuk menghantar sebuah bungkusan penting ke utara tanah air, Faizal terlibat dalam satu kemalangan yang telah membuatkan dia hilang ingatan dan menyebabkan dia lancar bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Tanpa arah tuju, Faizal tersesat ke sebuah kampung dan disalah anggap sebagai ‘mat saleh’ dek kerana rupa parasnya seperti orang yang berasal dari Eropah malah penduduk kampung memanggilnya dengan nama Saleh. Kehadiran Faizal di kampung tersebut bagai membawa rahmat kepada penduduk kampung. Kebetulan, mereka mengharapkan seseorang yang boleh mengajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana mereka akan menyertai satu pertandingan choral speaking. Walaubagaimanapun, ada penduduk kampung yang kurang senang dengan kehadiran Faizal di kampung mereka.

Bagaimanakah Faizal membantu penduduk kampung untuk fasih berbahasa Inggeris? Adakah identiti sebenar Faizal bakal terbongkar? Jangan ketinggalan untuk saksikan drama Kampung Mat Saleh  menerusi slot Sakura, bakal bersiaran pada 18 Mei 2023 setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.00 petang. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *