Ikon Seni Nusantara, Dato’ M. Nasir, Kembali dengan Konsert CIPTA

Konsert terkini M. Nasir yang akan diadakan pada 10 Ogos 2024 diberi judul ringkas namun mengesankan iaitu CIPTA, yang melambangkan keseluruhan figura seni bernama M. Nasir.

Seantero Nusantara mengetahui dan seluruh karyawan seni sedar serta belajar daripada banyak karya yang telah diciptakan oleh M. Nasir. Beliau merupakan ‘otak’, ‘arkitek’, maestro, sifu, dan segala yang berkaitan dengan penciptaan karya seni berkualiti tinggi.

Mohamad Nasir Mohamed, pemilik nama sebenar ini, jarang sekali gagal mencipta karya yang meledak di pasaran. Karya-karyanya, baik untuk penyanyi solo lelaki dan wanita, kugiran rock, atau dalam genre pop dan balada, semuanya mendapat sambutan hebat.

Gelaran Maestro yang diberikan kepada figura berusia 66 tahun ini tepat mencerminkan kebolehannya mencipta karya-karya hebat, luar biasa, dan malar segar, yang meraih pelbagai pencapaian dalam belantika muzik.

Pemilihan ‘CIPTA’ sebagai nama konsert julung kali dari M. Nasir tahun ini merangkumi semua justifikasi maksud ciptaan itu sendiri

Dijadual berlangsung pada 10 Ogos 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil, DATO’ M.N45IR CIPTA dibawakan khas oleh Icon Entertainment yang sentiasa menyokong karyawan seni.

Icon Entertainment menyatakan bahawa ini bukan kali pertama penonton atau peminat menyaksikan persembahan sifu M.Nasir sepanjang lebih empat dekad pembabitan beliau dalam industri seni Nusantara. Namun, melalui persembahan DATO’ M.N45IR CIPTA, peminat akan dibawa masuk ke dalam dunia penciptaan beliau yang telah melahirkan karya bermutu, bukan hanya untuk dirinya sendiri tetapi juga untuk ratusan pemuzik serta penyanyi yang pernah mendapatkan sentuhannya.

Persembahan ini akan menjadi pentas yang menyajikan pelbagai ciptaan dan kreativiti seorang karyawan seni, ditumpahkan menjadi persembahan visual dan audio yang tidak akan pernah dilupakan. Iman Tang dari Icon Entertainment menegaskan bahawa DATO’ M.N45IR CIPTA akan mempersembahkan karya-karya M. Nasir dalam bentuk yang belum pernah disaksikan sebelum ini.

Sebagai seorang seniman sejati, M. Nasir tidak pernah menjanjikan sesuatu yang berlebihan atau menjual jenamanya secara ‘kosong’.

Sebaliknya seniman ini hanya mahu peminat hadir menikmati DATO’ M.N45IR CIPTA dengan cara masing-masing lalu pulang senang hati kerana telah mendapat sebuah lagi persembahan visual, audio dan santapan jiwa sesuai citarasa.

Di bawah bumbung yang sama, irama dan lagu mengalir masuk ke hati sanubari masing-masing dalam lingkaran kenangan terdahulu yang akan menambahkan momen masa hadapan.

Jadi sudahkan anda bersedia untuk ini? Sebuah konsert berskala besar untuk jiwa-jiwa yang ingin terus meraikan CIPTAAN sifu kesayangan mereka. Sebuah konsert yang sememangnya dinanti-nantikan tahun ini dengan visual, repoirtaire lagu, susunan muzik, pemuzik malah penyanyinya sendiri- Dato M.Nasir yang dihormati segenap usia dan golongan.

Jika sudah, mari kita bersama-sama berkumpul di bawah bumbung Axiata Arena pada  10 Ogos 2024 Axiata Arena untuk mencipta satu lagi sejarah terCIPTA bagi Dato dan penggemar melodi, muzik dan lirik-liriknya.

📍27hb Mei – Tiket Online akan mulai di jual pada pukul 11.00am di platform: www.ticket2u.com.my

Harga tiket bermula dengan RM 238 (AWAN NANO), RM338 (SEJATI), RM458 (FENOMENA), RM488 (CINTA KRISTAL), RM528 (MUSTIKA), RM588 (APOKALIPS).

 

INFORMASI

ACARA : DATO’ M.N45IR CIPTA

TARIKH: 10 OGOS 2024

LOKASI: AXIATA ARENA BUKIT JALIL

PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT

TIKET:  RM 238 (AWAN NANO), RM338 (SEJATI), RM458 (FENOMENA), RM488 (CINTA KRISTAL), RM528 (MUSTIKA), RM588 (APOKALIPS)

PEMBELIAN TIKET: http://www.ticket2u.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *