Fri. Apr 19th, 2024

Kejuaraan Esukan Malaysia 2023/2024 (MEC23/24) kembali untuk musim ketiga dengan menampilkan lima permainan – Player Unknown’s Battleground (PUBG) Mobile, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), DOTA 2, Tekken 7, dan Gran Turismo 7.

Peserta akan bersaing untuk merebut hadiah terkumpul sebanyak RM 250,000 merangkumi kelima-lima permainan. Hadiah untuk Juara MLBB, PUBG Mobile, dan DOTA 2 adalah RM 30,000, tempat kedua menerima RM 15,000, tempat ketiga mendapat RM 10,000, dan tempat keempat memperoleh RM 7,500. Terdapat juga hadiah MVP sebanyak RM 5,000 dan hadiah Rookie Terbaik sebanyak RM 2,500. Untuk Tekken 7 dan Gran Turismo 7, hadiah Juara adalah RM 7,500, tempat kedua mendapat RM 5,000, tempat ketiga memperoleh RM 3,000, dan tempat keempat menerima RM 2,000.

Jadual kejuaraan adalah seperti berikut:

a) PUBG Mobile

  • Pusingan Kelayakan Dalam Talian: 15-20 Januari 2024
  • Playoffs Secara Fizikal & Perlawanan Akhir: 26-28 Januari 2024

 

b) DOTA 2 & MLBB

  • Pusingan Kelayakan Dalam Talian: 15-20 Januari 2024
  • Playoffs Secara Fizikal & Perlawanan Akhir: 2-4 Februari 2024

 

c) Tekken 7 & Gran Turismo 7

  • Perlawanan Secara Fizikal: 26-28 Januari 2024

MEC23/24 dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI) dengan sokongan daripada Rakan Minuman Rasmi, Susu Goodday Malaysia dan Rakan Pelaksana, Rakan Muda dan Rakan Digital.

Dapatkan info terkini MEC23/24 dengan mengikuti media sosial @esportsintegrated.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *