Mon. Apr 29th, 2024

Kembalinya Kaka Azraff, yang dikenali dalam genre Pop dan R&B dengan nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, pada usia 35, menjadi satu tonggak penting dalam industri hiburan Malaysia. Lagu “Dilemma” menjadi bukti yang mengesahkan kembalinya kegemilangan Kaka Azraff. Walaupun kini lebih cenderung untuk berkarier secara bebas, ini menunjukkan bahawa kejayaan akan tiba pada masanya. Tambahan pula, karya ini adalah hasil dari sokongan yang berterusan daripada peminat setia Kaka yang telah menyokongnya sejak permulaan kerjaya. “Dilemma” dipilih sebagai lagu tema rasmi atau Original Soundtrack (OST) untuk drama “Racun Rihanna” yang akan segera ditayangkan di TV3 Malaysia, saluran 103. Keunikan judul yang menggunakan bahasa Inggeris tetapi liriknya sepenuhnya dalam bahasa Melayu memberikan warna tersendiri. Lagu ini menggambarkan perasaan seseorang yang terjebak dalam tekanan hidup, dan pastinya akan memikat pendengar dengan melodi yang menawan dan lirik yang bermakna.

Kaka adalah anak saudara kepada penyanyi ratu rock Malaysia, Ella. Ketika ditanya tentang pengalaman. “Perasaan pada ketika itu bercampur baur kerana genre kali ini berlainan dengan karya-karya saya yang lain. Tetapi dengan bantuan Farouk Roman, yang merupakan komposer dan produser lagu Dilemma, berjaya membentuk vokal dan meneroka suara saya dengan genre ballad. Oleh hal demikian, ia menimbulkan perasaan teruja, gementar, dan gembira dalam masa yang sama. Secara tidak langsung, ia memudahkan saya untuk menyampaikan emosi melalui liriknya.”

Lagu Dilemma merupakan satu sajian dan pengalaman yang baharu buat peminatnya yang sudah terbiasa dengan genre Pop dan R&B. “Semestinya saya excited untuk Dilemma kerana kali ini peminat saya dapat mendengar lagu saya dari sisi yang lain, harapan saya supaya pendengar akan sukakan lagu ini,” tambahnya dengan penuh semangat.

Drama Racun Rihanna mengisahkan tiga sahabat dari zaman Universiti iaitu Marya, Fateni dan Ayumi. Mereka menjadikan Rihanna sebagai adik angkat dalam kehidupan mereka. Namun suatu malam, satu tragedi berlaku apabila tiga orang kakak angkatnya tanpa sengaja prank dan menjebaknya dengan dadah hingga Rihanna dirogol secara beramai-ramai. Mimpi gelap Rihanna membuatkan hidupnya musnah sekelip mata. Apakah pengakhirnya?

Dilakonkan oleh beberapa pelakon hebat dalam industri termasuk Intan Najuwa, Rita Rudaini, Jasmine Suraya, dan ramai lagi. Para pelakon ini telah menghidupkan watak-watak mereka dalam 15 episod bakal ditayangkan dalam slot Samarinda di TV3.

Dilemma tidak sekadar sebuah lagu, tetapi merupakan cerminan kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Lagu Dilemma menggambarkan perjuangan seseorang yang berhadapan dengan kemurungan dan rasa putus asa dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan ujian. Ditulis berdasarkan skrip drama. 

Lagu “Dilemma” boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.    

 

Kredit:  

Artis: Kaka Azraff

Tajuk: Dilemma

Produser: Farouk Roman

Komposer: Farouk Roman & Senna

Penulis Lirik: Senna

 

Akaun Media Sosial Kaka Azraff 

Instagram: https://www.instagram.com/kakaazraff/

TikTok: https://www.tiktok.com/@kakaazraff

 

Tentang Kaka Azraff:  

Kaka Azraff, yang nama penuhnya ialah Nur Hanis Binti Ezuddin Azraff, adalah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara. Beliau dikenali selepas menyertai pertandingan realiti nyanyian Akademi Fantasia Musim 9 pada tahun 2011. Selepas Akademi Fantasia, Kaka Azraff memulakan kerjayanya dalam industri hiburan. Beliau telah mengeluarkan beberapa single dan album, menunjukkan kemampuan vokalnya yang serbaguna. Muziknya sering meneroka pelbagai genre, termasuk pop dan R&B, membolehkannya berhubung dengan pelbagai penonton. Selain daripada kerjaya muziknya, Kaka Azraff juga menceburi bidang lakonan. Beliau telah muncul dalam pelbagai drama televisyen dan filem, menunjukkan bakatnya bukan sahaja dalam nyanyian tetapi juga dalam seni lakonan. Sepanjang kerjayanya, Kaka Azraff telah mendapat penyokong setia dan terus memberi inspirasi kepada penyanyi dan pelakon yang bakal di Malaysia dan di luar negara.   

TENTANG SONY MUSIC ENTERTAINMENT
Di Sony Music Entertainment, kami menghormati perjalanan seni. Para pencipta kami membentuk perubahan, budaya, komuniti dan sejarah. Kami telah memainkan peranan penting dalam sejarah muzik. Perjalanan kami bermula dari menubuhkan syarikat rakaman muzik pertama sehingga mencipta rakaman cakera padat. Kami telah membimbing ramai artis ikonik dalam dunia seni muzik dan menerbit beberapa buah rakaman yang berpengaruh sepanjang zaman. Sony Music Entertainment kini mempunyai lebih dari 100 cawangan syarikat di seluruh dunia untuk menyokong pelbagai pencipta yang berbakat pada setiap peringkat serta di setiap pentas persembahan. Di samping muzik, hiburan dan teknologi, kami juga membawa imaginasi, kepakaran kepada platform dan model perniagaan yang baharu serta peluang untuk menembusi pasaran luar. Semua usaha ini adalah untuk menyokong eksperimen, pengambilan risiko dan kemajuan komuniti kreatif. Sony Music Entertainment telah menerapkan prinsip perkongsian yang mendalam, kepercayaan, punca yang berasas bagi meningkatkan dan memperkuatkan masyarakat di seluruh dunia. Sony Music Entertainment adalah sebahagian daripada keluarga global Sony. Pelajari lebih lanjut mengenai pencipta dan label rekod kami.

TENTANG ALTERNATE RECORDS & TALENT

Alternate Records & Talents merupakan sebuah agensi mencungkil bakat muzik dan lakonan bakat yang mantap dan serba boleh. Ditubuhkan pada tahun 2006, Alternate Records and Talents (dahulunya dikenali sebagai Monkeybone) telah meningkatkan industri hiburan dan artis berasaskan muzik di Malaysia dengan mempamerkan portfolio luar biasa dengan bakat bakat memenangi anugerah, muzik yang menduduki carta teratas, Pemilikan IP dan banyak pengedaran. Artis mereka berjaya secara komersial telah menjadi trend di YouTube, Twitter dan Tiktok dan sebagainya.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *