PENAMPILAN TEMA ‘IDOLA / LEGENDA’ MEMUKAU DI FAMILI DUO 3

Famili Duo 3 (FD3) semakin sengit dengan persembahan yang mengambil kira segi vokal dan kreativiti yang ditayangkan setiap pasangan duo. Lebih-lebih lagi apabila menghampiri pentas separuh akhir dengan berbaki dua episod sahaja! Minggu ini, penampilan idola dan legenda terbukti memukau serta mengubat rindu penonton dengan pilihan lagu dan penampilan ‘comeback’ otai di TV3.

Pentas persembahan dimeriahkan lagi dengan penampilan oleh selebriti tanah air seperti Azlee Senario, Yassin Senario, Joey Daud, Shamsul Ghau Ghau dan juga pesilat negara Al Jufferi Jamari. Tema ‘idola / legenda’ kali ini semestinya menghiburkan selain menjentik pelbagai emosi penonton serta para peserta Famili Duo. Malah bagi duo adik-beradik Adam & Ryan Bakery yang telah saban kali menjadikan kumpulan Senario sebagai rujukan inspirasi, episod yang bersiaran pada 12 November 2023 itu pastinya cukup bererti buat mereka yang ingin mencipta nama di dalam industri hiburan.

“Kami berdua sangat berpuas hati dengan persembahan malam ini, lebih-lebih lagi apabila dapat bersama dengan idola kami. Alhamdulillah, dapat menjayakan persembahan bersama-sama dengan artis otai yang juga idola kami, siapa je yang tak seronok? Walaupun akan dikomen oleh juri Mas Idayu dan Ajai, yang penting malam ni saya dapat perform dengan Senario. Kalau tidak dapat penampilan mereka malam ini pun, kami memang nekad untuk membawakan lagu-lagu Senario ke pentas FD3 pada tema idola/legenda. Kita nak jadi seperti Senario, mana tahu di masa hadapan kami dapat mencipta filem atau lagu yang berunsurkan kisah rakyat seperti mereka?” komen Ryan Bakery.

Juara mingguan episod ini, duo adik-beradik Sharif dan Syaiful Zero juga telah membawakan pentas yang cukup menghiburkan dengan penampilan idola mereka tersendiri.

Kata Sharif Zero, “Untuk minggu idola/legenda ini kami mengambil kira lagu penyanyi yang masih relevan dan membawakan lagu Mentera Semerah Padi, serta sahabat-sahabat yang juga merupakan ilham kepada konsep persembahan iaitu idola pelawak kami, Joey Daud dan idola sukan silat kami, Al Jufferi Jamari. Kita ingin menonjolkan variasi dan kreativiti dalam persembahan mingguan dengan musik dan juga sukan silat, jadi kami tujukan minggu istimewa ini kepada mereka. Mungkin minggu hadapan akan menjadi lebih berat kerana minggu ini telah berjaya meraih markah perfect 10, tapi kami akan tetap cuba yang terbaik pada tema ‘retro 60s & 70s’ yang akan datang.”

Terkini di Famili Duo, Sharif & Syaiful Zero telah berjaya menempatkan kedudukan mereka sebagai juara mingguan dan tempat pertama di carta keseluruhan, serta persembahan Adam & Ryan Bakery telah menempah nama di tangga kedua pada minggu ini. Manakala persembahan Haqiem Rusli & Ariff Bahran dengan penampilan istimewa oleh Shamsul Ghau Ghau pula mendapat tempat kelima di carta mingguan.

Berikut adalah kedudukan persembahan di minggu kelima #FamiliDuo:

  1. Sharif & Syaiful – 73.9%
  2. Ryan & Adam Bakery – 63.5%
  3. Tom & Fuad Rahman – 60.0%
  4. Adira & Emma Suhaimi – 54.8%
  5. Haqiem Rusli & Ariff Bahran – 51.2%
  6. Shila Amzah & Syahir – 36.7%

Famili Duo 3 akan terus memeriahkan industri hiburan dengan tema ‘retro 60s & 70s’ pada minggu akan datang. Mampukah para peserta mengekalkan prestasi dan memeriahkan pentas FD3 dengan idea yang terus mencuit hati? Jangan lepaskan peluang juga untuk menyaksikan pecutan terakhir para peserta sebelum mereka melayakkan diri ke pentas akhir Famili Duo yang berbaki dua episod sahaja lagi!

Teruskan mengundi duo selebriti kegemaran anda di pentas persembahan Famili Duo seterusnya pada 19 November 2023, pukul 9.00 malam di TV3! Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *