Thu. May 2nd, 2024
Jalan Jalan Cari Makan 2022

 

Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) dan Dapur Panas akan menaikkan selera anda kini kembali dengan musim baharunya. Kemunculan kedua-dua program ini sememangnya memberi kelegaan kepada penonton setia TV3. Apa tidaknya! Setiap minggu JJCM akan membawa penonton mengembara dan memberi ide kepada penonton lokasi menarik untuk menikmati keenakan makanan di seluruh Malaysia. Sementara itu, bagi mereka yang suka masak pula atau ingin belajar masak, Dapur Panas adalah jawapannya!

 

Program kembara makanan popular Jalan Jalan Cari Makan telah pun bermula sejak 7 Ogos lalu dan terus membawa anda menerokai hidangan tempatan setiap Ahad, jam 11.30 pagi bersama pengacara musim baharu, Nadia Hasnan. Menarik musim ini, Nadia Hasnan akan meneroka tempat-tempat yang tular di media sosial dan menjadi bualan ramai serta mendapat ulasan yang baik daripada penggemar makanan.

 

Artis Jemputan JJCM

 

Sementara itu, Dapur Panas yang diketuai oleh chef selebriti terkenal Naem Ramli akan menemui anda semua mulai 17 Ogos 2022, setiap hari Rabu, jam 11.30 pagi. Dapur Panas adalah kesinambungan musim-musim sebelumnya yang berjaya menawan hati ramai penonton. Kini Dapur Panas kembali dengan pelbagai pilihan menu yang ringkas dan mudah. Ia pasti menjadi pilihan penonton yang tercari-cari resepi lazat yang boleh disediakan semasa beriadah dan aktiviti luar.

Artis Jemputan JJCM 2022

 

Sambil menikmati persekitaran yang menarik dan selesa, hos Dapur Panas Chef Naem akan menyajikan menu seperti hidangan utama dan pencuci mulut bersama tetamu jemputan. Antara tetamu jemputan yang dijangka di Dapur Panas termasuklah Dato Rosyam Nor, Azhan Rani, Zara Zya, Nabila Razali, Sean Lee, Ain Edruce dan ramai lagi. Nantikan juga episod menarik bersama Chef Naem dan tetamu jemputan sambil berbual santai tentang isu semasa dan terkini.

 

Jangan lupa saksikan musim terbaru Jalan Jalan Cari Makan setiap hari Ahad, jam 11.30 pagi dan Dapur Panas bermula 17 Ogos, setiap hari Rabu jam 11.30 pagi. Perut kenyang, hati gembira!

 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *