Sun. May 19th, 2024

Pada rancangan Muzik Muzik, kini dalam musim ke-37, terdapat penarafan mingguan lagu-lagu teratas di Malaysia. Berita mengenai 30 lagu yang mara ke separuh akhir menyebabkan pencinta muzik dan penghibur di seluruh negara menjadi heboh.

Hari ini, sidang media Separuh Akhir Muzik Muzik 37 telah berlangsung untuk mengumumkan senarai penuh 30 buah lagu menerusi persembahan istimewa oleh naib juara Terpaling Juara, Aqmal dan juga finalis Terpaling Juara iaitu Shaz dan Aqeesh di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre.

Separuh Akhir Muzik Muzik 37 akan dikendalikan oleh Muaz Mohamed dan Izzue Islam, bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 25 November 2022 (pukul 3.00 petang – 6.00 petang) dan 26 November 2022  (pukul 3.00 petang – 5.30 petang) di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my

Episod pertama separuh akhir Muzik Muzik akan membawakan tema genre muzik Rock & Roll dan episod kedua akan bertemakan genre Pop dan Pop Ethnic menerusi persembahan daripada artis-artis hebat Malaysia seperti Kristal X, Elyana, Ezlynn, Farahdhiya, Ramlah Ram dan Syura!

Sidang produksi Separuh Akhir Muzik Muzik 37 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Sharizan Razalii sebagai penerbit. Gunakan hashtag #SFMM37 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *