Bersama “Subang” Menjadi Muda

Memilih platform muzik hip-hop untuk memudahkan proses pendekatan yang diambil khusus untuk golongan muda. Kerjaya sebagai ahli politik memerlukan Datuk Seri Fariz Hazurin yang memahami pelbagai lapisan masyarakat, daripada yang paling tua hingga yang paling muda.

Selepas tampil dengan single Bangkit bersama Fhan awal tahun lalu, Fariz Hazurin meneruskan kolaborasi bersama Fhan dengan single terbaharu bertajuk Subang pula; deklarasi apresiasinya kepada tempat beliau menyumbang jasa selama ini.

Bagi Fariz Hazurin, menjadi rapping politician membuatkan dia lebih mudah mendekati dan menjiwai dilema anak muda memandangkan genre muzik itu begitu dekat di hati anak muda.

“Setiap genre muzik ada karakternya yang tersendiri dan melalui hip hop, setiap tempo, nada dan patah liriknya memberi peringatan dan pesanan kepada orang ramai.

“Ini cara saya mendekati orang muda. Saya lihat genre ini dekat dengan hati dan jiwa anak muda,” katanya yang gembira dengan kolaborasinya bersama Fhan, rapper yang disifatkan mempunyai cita rasa sepunya.

Single Subang sudah dilancarkan di platform penstriman digital sejak 22 Disember lalu dan sehingga kini telah dimainkan lebih 2,000 kali.Pada 13 Januari ini, video muzik rasminya pula akan dilancarkan di saluran Universal Music Malaysia.

Bagi Fariz Hazurin, Subang merupakan sebuah bandar hype yang menjadi pilihan ramai anak muda untuk mengisi masa terluang.

“Subang ada semua yang anak mudah mahukan,” katanya.

Nada sama turut disuarakan Fhan yang melihat Subang sebagai bandar dengan identity tersendiri, menjadikan ia unik dan menarik.

“Kami harap lagu Subang ini boleh menjadi anthem untuk anak muda yang menjadikan Subang sebagai tempat lepak, tempat mencari rezeki atau tempat melalui pengalaman suka dan duka sekalipun,” katanya.

Selain sebagai rapper, Fhan atau nama sebenarnya Farhan Alias juga merupakan seorang ahli perniagaan, menjadikan kolaborasinya bersama Fariz Hazurin sangat unik.

Bangkit dan yang terkini, Subang, mempertemukan dua rapper dengan latar belakang berbeza, namun punya kesefahaman yang padu.

“Kami masing-masing ada pengalaman yang boleh diguna pakai dalam industri muzik,” katanya.

Dengan pelancaran Subang, orang ramai tahu nak cari Fariz Hazurin dan Fhan dekat mana.

“DEKAT SUBANG!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *