Sat. Apr 27th, 2024

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, pasaran kereta terpakai terbesar di Asia Tenggara mengingatkan kita bahawa setiap perjalanan pulang adalah sepenting destinasi kita juga. Filem Raya terbaru daripada Carro ini menceritakan sebuah kisah yang merangkumi hubungan dan kenangan bersama insan tersayang dalam setiap perjalanan balik kampung.

Ini merupakan filem Raya pertama Carro Malaysia sejak ditukar nama daripada myTukar pada awal Mac lalu. Dengan nama yang selari dengan perniagaan lain Carro di Asia Tenggara yang meliputi Singapura, Thailand, Indonesia, Taiwan dan Jepun, Carro Malaysia kini terintegrasi sepenuhnya dalam jenama ini serta tawarannya.

Berjudul ‘Siapa Siti?’, filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dalam perjalanan pulang ke kampung. Namun semua orang teruja apabila Opah berkeras untuk mengejar sebuah kereta oren. Adakah Opah ingin membangkitkan keseronokan Raya? Ataupun ternampak ahli keluarga yang telah lama menghilang dalam kesesakan jalan raya?

Ketua Pemasaran Serantau Carro, Katherine Teo berkata, “Perjalanan balik ke kampung lazimnya mengambil masa berjam-jam, tetapi setiap kesesakan jalan raya dan setiap cabaran untuk kekal bersabar di dalam kereta mencipta sebuah kenangan manis bersama keluarga.  Perjalanan balik kampung sangat penting, dan kerana itulah kami komited untuk memberikan pengalaman memandu yang berkualiti dan selamat agar pelanggan dapat pulang ke kampung tanpa rasa bimbang.”

“Setelah menghasilkan filem yang menyentuh perasaan tentang kepentingan pulang ke kampung halaman dan keluarga yang dikasihi pada tahun lalu, filem tahun ini pula menonjolkan kisah perjalanan pulang ke kampung halaman bersama keluarga  juga sangat berharga,” ujar Pengarah Kreatif Carro, Simond Chew. “Pada masa yang sama, kami ingin melawan norma genre Raya yang lazimnya menyayat hati, dengan menonjolkan keriuhan perjalanan pulang ke kampung dalam sebuah aksi kejar-mengejar kereta yang mendebarkan dan kelakar.”

Ketua Pegawai Eksekutif Carro Malaysia Derrick Eng berkata, “Ayat  penutup filem ini iaitu ‘Di mana ada keluarga, di situ ada jalan’, sememangnya menzahirkan semangat Raya dan nilai Carro sebagai sebuah jenama. Pertama, kami amat menghargai memori bersama orang tersayang dan memahami kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan. Kedua, ayat ini mengingatkan kami tentang komitmen kepada semua keluarga di Malaysia yang sentiasa mempercayai dan memilih kami.”

Filem ini boleh ditonton di saluran YouTube Carro Malaysia, dan turut dipertontonkan di Singapura dan Indonesia.

Sertai kemeriahan ini dengan baucar untuk setiap pembeli dan hadiah cabutan bertuah

Sempena sambutan ini, pelanggan di Malaysia yang membeli kenderaan Carro Certified mulai 17 April akan menikmati diskaun hebat, baucar dan hadiah cabutan bertuah. Mereka juga boleh menikmati diskaun hingga RM8,000 untuk kereta Carro Certified terpilih!

800 pelanggan pertama yang menempah kenderaan akan menerima baucar diskaun 30% untuk perkhidmatan Baik Pulih Badan & Mengecat Carro Care, baucar diskaun 10% untuk perkhidmatan penyelenggaraan Carro Care dan baucar diskaun 10% untuk pembaharuan insurans.

Pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti pulangan tunai bernilai RM5,000, TV Android Philips 43” bernilai RM1,800, baucar Habib bernilai RM1,000 dan baucar petrol!

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, layari carro.co.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *