Mon. Apr 15th, 2024

Tatkala dia dihimpit dosa dan disisihkan oleh lelaki yang dicintai, Dania menolak cinta semua lelaki dan menyerahkan cintanya hanya kepada Allah. Hadirnya seorang lelaki yang tulus mengasihi dan menyayanginya, adakah Dania akan membuka pintu hatinya semula?

Terbaharu di slot Akasia, ‘Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah’ terbitan oleh Zeel Production, diinspirasikan daripada novel ‘Aku Cinta Dia’ karya novelis Sharifah Abu Salem bakal disiarkan bermula pada 9 Januari 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam dan strim di iQIYI satu jam selepas siaran di kaca televisyen.

Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah yang mempunyai 28 episod diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Menampilkan barisan pelakon muda dan lama yang hebat belaka seperti Rita Nadira (Dania), Aniq Suhair (Iqbal), Aidit Noh (Qabil), Zamarul Hisham (Safuan), Mas Anizan (Kayra), Ezany Nizariff (Hussin), Azza Elite (Hajah Maryam) dan ramai lagi.

Dania terlanjur dengan teman lelakinya, Qabil dan mendapati dirinya telah mengandung. Dania meminta Qabil bertanggungjawab tetapi Qabil hanya anggap Dania bergurau, dan seterusnya menghilangkan diri. Ayah Dania, Datuk Safuan mahu Dania menggugurkan kandungannya kerana menganggap kehamilan Dania bakal memusnahkan impiannya yang sedang sibuk berkempen jawatan presiden persatuan niaga.

Ibunya, Datin Kay bertindak menyembunyikan Dania di Wadi Safiyyah, pusat perlindungan gadis bermasalah. Tanpa diduga, pusat tersebut dimiliki oleh ibu bapa Qabil. Dania mula mendapat ketenangan di Wadi Safiyyah dan menyerahkan cintanya kepada Allah.

Iqbal pulang ke Wadi Shafiyyah dan menjadi perhatian penghuninya terutama Nora dan Sheera. Adik angkat Iqbal, Ustazah Umairah juga gembira dengan kepulangannya. Umairah memang mencintai Iqbal dan meletakkan harapan selepas tunang Iqbal, Siti Aisyah meninggal dunia.

Haji Mukri menyerahkan tugas mengendalikan Wadi Shafiyyah kepada Iqbal. Di situ, Dania berjumpa dengan Iqbal tanpa mengetahui dia adalah adik kandung kepada Qabil. Iqbal terkejut kerana wajah Dania selepas mengenakan tudung mirip dengan arwah tunangnya. Iqbal mula menumpukan perhatian kepada Dania dan ia menimbulkan ketidakpuasan hati Ustazah Umairah. Beberapa bulan kemudian, Qabil pula muncul di Wadi Safiyyah. Apakah yang bakal terjadi antara Dania, Iqbal dan Qabil?

Jangan ketinggalan untuk mengikuti drama terbaharu Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah menerusi slot Akasia bermula 9 Januari 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI satu jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, satu jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton selepas 48 jam.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQIYI telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai peningkatan pengguna lebih daripada 15 kali ganda. Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQIYI juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan aktif bulanan, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *