Thu. May 2nd, 2024

 

Kapten yang mencipta lagu Akim Ahmad “Portret,” yang dinyanyikan Hazami untuk memenangi hadiah persembahan terbaik dalam episod 4, berikutan gambarannya berada di tangga paling bawah dalam episod 3. Di pentas Terpalang Juara, Hazami memberikan persembahan selepas itu. . Wang tunai RM 5,000 turut dianugerahkan sebagai tanda penghargaan atas kejayaan tersebut.

Persembahan Hazami yang mengubah genre lagu Potret daripada Rock kepada R&B telah menerima komen-komen positif daripada juri tetap, Dato’ Hattan. “Satu persembahan yang sangat memuaskan daripada Hazami di episod 4 kerana beliau telah menyuntik elemen R&B dalam lagu Rock dan hasilnya sangat sedap didengar. Hazami telah buktikan beliau boleh nyanyi lagu R&B dengan baik. Di episod akan datang, saya nak lebih lagi daripada Hazami kerana saya yakin beliau boleh memberi dan menyampaikan semua lagu dengan baik.”Komen Dato’ Hattan.

Bertemakan ‘Kapten’ yang mempertandingkan lagu – lagu ciptaan 3 kapten iaitu Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel yang bersaing di Terpaling Juara. Berikut ialah senarai Pilihan Lagu Terpaling dan persembahan istimewa daripada Ramlah Ram dan Datuk Nash di episod lepas.

  1. Canggung (SFMM35, nyanyian asal oleh Wany Hasrita) – Shaz
  2. Potret (AJL30, nyanyian asal oleh Akim & The Majistret) – Hazami
  3. Sumpah (AJL34, nyanyian asal oleh Naim Daniel) – Aqmal
  4. Jampi (AJL32, nyanyian asal oleh Hael Husaini) – Rahmad Mega
  5. Purnama (AJL36, nyanyian asal oleh Naim Daniel) – Ifa Raziah
  6. Rampas (AJL34, nyanyian asal oleh Akim & The Majistret) – Aqeesh
  7. Persembahan pembukaan – Kau Kunci Cintaku Didalam Hatimu oleh Ramlah Ram
  8. Persembahan penutup – Pada Syurga Di Wajahmu oleh Datuk Nash

Pusingan penyingkiran di episod 4 menyaksikan Ifa Raziah (kapten Naim Daniel) telah meninggalkan pentas Terpaling Juara. Persaingan semakin sengit dengan berbaki 5 peserta, Hazami & Aqeesh (Kapten Akim Ahmad), Rahmad Mega & Shaz (Kapten Hael Husaini) dan Aqmal Ramdan (Kapten Naim Daniel) di episod akan datang dengan tema ‘Vice Versa‘ yang mahu melihat sisi berbeza para peserta dengan genre muzik yang berlainan daripada portfolio masing-masing. Nantikan juga persembahan hebat daripada Azlan The Typewriter an Misha Omar di episod 5 pada 18 September 2022.

  1. Terlalu Istimewa (AJL21, nyanyian asal oleh Adibah Noor) – Hazami
  2. Janji Manismu (AJL5, nyanyian asal oleh Aishah) – Aqmal
  3. Segalanya Ku Terima (AJL4, nyanyian asal oleh Ilusi) – Aqeesh
  4. Bunga (AJL33, nyanyian asal oleh Ara Johari) – Rahmad Mega
  5. Kau Pun Sama (AJL33, nyanyian asal oleh Syamel) – Shaz

TERPALING JUARA mempertaruhkan 3 kapten, Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij  untuk membimbing seorang penyanyi senior dan seorang penyanyi junior mempertaruhkan lagu – lagu popular yang pernah tercalon di semua edisi Separuh Akhir Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Terpaling Juara dihoskan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir, Datuk Hattan dan Fauziah Latiff sebagai juri tetap dan bersiaran untuk 8 episod. Pemenang Terpaling Juara bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM100,000, manakala naib juara bakal memenangi RM50,000 dan pemenang ketiga pula menerima RM30,000.

Terpaling Juara menampilkan vivo Malaysia sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan digital.  Layari www.xtra.com.my/terpalingjuara untuk info terkini.

Sidang produksi Terpaling Juara diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit eksekutif kanan, Ikha Arnisya Mohd Anuar sebagai penerbit eksekutif, dan Azrul Effendi Abdullah sebagai penerbit. Jangan ketinggalan untuk menonton Terpaling Juara mulai 21 Ogos 2022, setiap hari Ahad, siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, pukul 9.00 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *