Wed. May 22nd, 2024

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menghadiri Kenduri Menu RAHMAH di Dewan Serbaguna, Parlimen Malaysia.

Menu RAHMAH adalah inisiatif terbaru Kerajaan dalam membantu dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan yang memerlukan untuk mendapatkan makanan bermasak yang seimbang pada harga RM5.00 dan ke bawah. Menu RAHMAH adalah Private Driven Initiative atau inisiatif yang dipelopori oleh pengusaha makanan atau syarikat swasta secara sukarela.

Sebanyak 14 pemain industri termasuk persatuan-persatuan penyedia makanan yang menawarkan Menu RAHMAH telah berjaya dikumpulkan di dalam majlis kenduri tersebut. Antara industri dan persatuan yang menyertai majlis kenduri ini adalah Mydin, AEON Big, Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim, Pertubuhan Sahabat Tom Yam Prihatin Se-Malaysia, PLUS Berhad, Marry Brown Sdn Bhd, Old Town White Coffee, McDonald’s Malaysia, Burger King, A & W Malaysia, Texas Chicken Malaysia, Bubblebee, Mios Kitchen dan Temerloh Catering Sdn. Bhd.

Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri Menu RAHMAH pada hari ini. KPDN mengucapkan terima kasih kepada semua penyedia makanan kerana menyertai majlis kenduri ini dan menyediakan makanan Menu RAHMAH kepada jemputan secara PERCUMA. Ini menunjukkan sinergi yang positif antara pengusaha makanan dan kerajaan dan manifestasinya adalah kejayaan penganjuran Kenduri MENU RAHMAH pada hari ini.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada spip@kpdn.gov.my.

YB DATUK SERI SALAHUDDIN BIN AYUB, MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP, KUALA LUMPUR, 20 MAC 2023

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *