Sun. Apr 14th, 2024

Sempena meraikan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menganjurkan Jualan Desa Madani (JDM) dalam usaha membantu usahawan desa mengembangkan perniagaan mereka.

Sebanyak 65 reruai  usahawan dari pelbagai agensi di bawah  KKDW  dan usahawan PKS  menyertai program ini terdiri daripada pelbagai kategori iaitu  kecantikan, kesihatan, kraftangan, fesyen pakaian, makanan dan minuman.

KKDW turut menganjurkan Jualan Rahmah untuk barangan keperluan harian dengan potongan harga sebanyak 10 peratus sehingga 50 peratus serta ‘happy hour’ untuk barangan terpilih yang ditawarkan sepanjang JDM berlangsung dari 28 sehingga 30 Ogos ini.

JDM yang diadakan bertempat di Medan MARA dan Busana Menara MARA ini turut  dimeriahkan dengan gerai usahawan selebriti yang mempromosikan pelbagai produk keluaran mereka.

Selain aktiviti jualan, turut diadakan program bual bicara keusahawanan, demonstrasi masakan Masterchef selebriti dan persembahan artis yang disiarkan di platform media sosial KKDW.

YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa hampir sejam meninjau perjalanan program JDM.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *